Pergi ke CAC daerah anda: MB Selangor keluarkan senarai terkini
Jika anda dikesan positif COVID-19, sila hadir ke CAC di daerah masing-masing bagi mengelakkan kesesakan dan memudahkan urusan.
Astro Awani
Tue Jul 13 2021
Warga Selangor yang dikesan positif COVID-19 diminta untuk hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di daerah mereka menetap. - Bernama
KUALA LUMPUR: Warga Selangor yang dikesan positif COVID-19 diminta untuk hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di daerah mereka menetap.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia bagi mengelakkan kesesakan dan memudahkan urusan.
"Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi meningkatkan kapasiti CAC dengan mengambil kira beberapa faktor utama seperti jumlah kakitangan atau sukarelawan perubatan serta lokasi yang sesuai," katanya menerusi muat naik status di media sosial beliau pada Selasa.
Berikut senarai terkini CAC bagi sembilan daerah di Selangor: