SEPANG: Perdana Menteri China Li Qiang tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari yang juga kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Mac tahun lepas.
Pesawat Air China yang membawa Li dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 8.44 malam.
Antara yang menyambut ketibaan beliau ialah Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad.
Sejurus tiba, Li memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) diketuai Kapten Nur Ahmad Zaim Zahari.
Lawatan beliau juga adalah bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China susulan pemeteraian Kenyataan Bersama antara Tun Abdul Razak dan Chou En Lai pada 31 Mei 1974.
Semasa lawatan itu, Li dijadual mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan hal berkaitan hubungan dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman dan persetujuan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi ke China.
Anwar dan Li akan menghadiri majlis makan malam bagi menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China.
Li juga akan mengadakan kunjungan bagi menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Perdana Menteri China itu juga dijangka menghadiri majlis pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Gombak dan makan tengah hari bersama komuniti perniagaan dari kedua-dua negara.
Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009 dengan nilai dagangan RM450.84 bilion (US$98.90 bilion).
Hubungan Malaysia dan China semakin kukuh susulan peningkatan hubungan dua hala melalui Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024
Pesawat Air China yang membawa Li dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya KLIA di sini pada 8.44 malam. - Bernama
Belia perlu fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh yang dibangkitkan atas dasar Melayu Islam.
KPKM nafi dakwaan harga belian padi diturunkan
KPKM menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.
Grab Malaysia teguh perkasa rakyat menuju masa depan mampan
Grab Malaysia terus komited memperkasakan masyarakat inklusif dengan mendukung golongan kelainan upaya (OKU), wanita, dan komuniti tempatan, sejajar dengan wawasan ASEAN yang lebih mampan dan inklusif
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke separuh akhir, sertai Soon Huat-Shevon
Pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia 2025.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.
Lima ditahan, polis beku, sita aset berjumlah lebih RM17 juta
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
Tetak guna parang persis filem gangster
Seperti dalam filem gangster. Begitu aksi sekumpulan lelaki bertopeng yang melulu masuk ke dalam sebuah restoran di Nilai, Negeri Sembilan dan bertindak menetak berkali-kali enam lelaki yang sedang menikmati hidangan dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam Khamis.
Seramai 17 individu ditahan dalam kes pindah milik tanah tidak sah di Selangor
Seramai 17 individu termasuk tujuh penjawat awam dari sebuah pejabat PTG di Selangor ditahan sehingga kini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.
[TERKINI] Polis siasat pengesahan sijil kahwin, dakwaan anak menteri rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri.
Yang di-Pertuan Agong terima menghadap Perdana Menteri China di Beijing
Pada pertemuan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan sukacita berada di Beijing untuk lawatan negara dan berbesar hati dengan sambutan mesra, layanan dan aturan lawatan yang disediakan.
Perdana Menteri China berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri China Li Qiang berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia hari ini.
Hubungan China-Malaysia ibarat "landasan kereta api dengan masa depan cerah" - Li Qiang
Perdana Menteri China Li Qiang hari ini mengulangi pendirian Malaysia sebagai jiran rapat dan rakan kongsi penting, menekankan komitmennya untuk mengukuhkan kerjasama dan memajukan pembangunan bersama
PM Anwar rai rakan sejawat Li Qiang dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan rakan sejawatannya dari China, Li Qiang dalam majlis makan tengah hari di Seri Perdana.
Hubungan China-ASEAN model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya - PM China
Perdana Menteri China Li Qiang menyifatkan hubungan China-ASEAN sebagai model kerjasama Asia Pasifik paling berjaya dan dinamik.
Kerjasama ASEAN-China kekal utuh - PM China
Li berkata kerjasama antara China-ASEAN telah menempuh pelbagai liku, berkat pemahaman yang mendalam mengenai cabaran.
PM Anwar ucap tahniah kepada Li Qiang
Agensi berita China Xinhua melaporkan Li, 63, disahkan sebagai Perdana Menteri China pada pagi Sabtu, selepas dicalonkan oleh Presiden Xi Jinping.
PM China ucap tahniah kepada Anwar
Li berkata secara tradisinya China dan Malaysia adalah jiran seberang laut.