KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan percubaan kedua beliau untuk memohon Hakim Mohamed Zaini Mazlan menarik diri daripada mendengar kes berkenaan adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang juga mengetuai pendakwaan dalam kes itu, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata memandangkan Mohamed Zaini telah menolak permohonan sama supaya beliau menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu sebelum ini, ia hanya percubaan ulangan ke atas apa yang gagal tahun lepas.
"Tetuan Geethan Ram memfailkan permohonan supaya hakim menarik diri itu sebelum ini dan kini permohonan sama difailkan oleh firma berbeza dan bermakna pada masa akan datang kami akan menyaksikan permohonan sama daripada firma lain.
"Ia merupakan penyalahgunaan proses mahkamah, Yang Arif sudah mengeluarkan keputusan ke atas permohonan sama Disember tahun lepas. Permohonan ini tidak boleh diteruskan," kata Sri Ram.
Ini adalah kali kedua isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan sama selepas Mohamed Zaini yang merupakan hakim sama di dalam perbicaraan kes hibrid solar Rosmah telah menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu pada 14 Dis lepas.
Dalam keputusannya pada 14 Dis itu, Mohamed Zaini berkata berkata beliau berhati-hati untuk memastikan beliau tidak berprasangka terhadap Rosmah dalam kes pengubahan wang haram apabila merujuk kepada kenyataan dalam kes hibrid solar kerana seorang hakim perlu membuat pertimbangan secara berasingan dan bebas terhadap bukti ke atas tertuduh.
"Sebarang dapatan yang saya peroleh dalam kes solar kekal di sana. Ia tanggungjawab saya yang berat atau kepada mana-mana hakim untuk memastikan tertuduh dibicarakan secara adil sebagaimana termaktub dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, katanya.
Sementara itu, peguam Rosmah Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata hujah pendakwaan yang menekankan permohonan ini tidak boleh dikatakan sebagai menyalahgunakan proses mahkamah kerana ia berdasarkan faktor yang berbeza.
"Peranan Hakim Mohamed Zaini dalam beberapa kes jenayah berkaitan keluarga Rosmah termasuk Najib mungkin menyebabkan hakim itu tidak boleh menjalankan fungsi kehakimannya tanpa membuat pengadilan terlebih dahulu ke atas isu-isu, maka ini mengundang bahaya sebenar, iaitu berat sebelah kepada anak guam saya.
Kelemahan manusia adalah faktor penting untuk dipertimbangkan malah apabila ia menyentuh mereka yang dilatih supaya mempunyai minda adil dan bebas kerana seorang hakim tetap juga seorang manusia," katanya.
Firoz berkata penglibatan Mohamed Zaini dalam pelbagai kes melibatkan Rosmah mungkin mendedahkan anak guamnya kepada kesilapan mahkamah dan natijahnya mungkin mengurangkan keyakinan orang ramai ke atas badan kehakiman.
Mohamed Zaini kemudian menetapkan 21 Mac ini untuk membuat keputusan permohonan itu.
Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022
Rosmah, 70, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
AWANI Pagi: Lindungi Anak Dari Sentuhan Tidak Selamat
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Tengku Yasmin Nastasha, Jurucakap, Children’s Protection Society yang akan membincangkan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan cara menangani sentuhan tidak selamat.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
AWANI Pagi: Turkish Airlines Penghubung Budaya Dunia
Suspek kes buli pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak tiba di mahkamah, di sini, pagi ini.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
AWANI Pagi: Penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig: Apa Implikasinya?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia, yang akan mengupas isu penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta implikasi terhadap pekerja gig dan industri e-hailing di Malaysia.
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.
Pertuduhan elak cukai salah, langgar hak asasi Rosmah di bawah Perlembagaan - Peguam
Pertuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadap Datin Seri Rosmah Mansor harus dibatalkan kerana ia salah di sisi undang-undang, kata peguamnya.
''Saya sedia sokong dan bekerjasama dalam pembangunan kanak-kanak'' - Rosmah Mansor
Isteri kepada bekas Perdana Menteri keenam, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan kesediaannya dalam memberi sokongan dan kerjasama dalam urusan pembangunan kanak-kanak di Malaysia.
Rosmah gagal dalam permohonan supaya hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor hari gagal dalam permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1MDB terhadapnya.
Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.
Keputusan berhubung representasi Rosmah untuk gugurkan pertuduhan diketahui 6 Sept
Dua belas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta, manakala lima lagi berkaitan kegagalan isytihar pendapatan.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.