TAIPING: Satu perbincangan meja bulat akan diadakan minggu hadapan bagi bagi membincangkan hak kanak-kanak di bawah umur yang telah diislamkan untuk terus memilih Islam sebagai agama anutan mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perbincangan berkenaan akan turut melibatkan pakar dalam bidang antaranya agama, perundangan dan sebagainya.
“Hari Rabu, malam Khamis nanti, saya akan buat round table, kita panggil pakar undang-undang daripada pensyarah, daripada mufti. Beberapa orang mufti kita panggil, untuk buat round table untuk mencari perbincangan penyelesaian,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sekolah Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 di Dewan Restoran Nasi Ayam Hainan Simpang, di sini pada Jumaat.
Sumbangan berkenaan disampaikan untuk diagihkan kepada 1,010 calon SPM dan STAM terpilih di Parlimen Bukit Gantang.
Idris terdahulu ditanya pemberita susulan gesaan Dewan Ulama Pas yang meminta agar semua pihak menghormati hak tiga anak Loh Siew Hong yang telah diislamkan oleh bapa mereka.
Dalam kenyataan pada Selasa, Dewan Ulama Pas berkata, pilihan tersebut harus dihormati tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang menghulurkan bantuan dan kebajikan kepada kanak-kanak tersebut termasuk tuduhan negatif berkenaan wujudnya unsur pemaksaan.
Pada 21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan tiga beradik yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diserahkan dengan segera kepada ibu mereka, Loh Siew Hong.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang difailkan ibu tunggal itu.
Amirrul Rabbani
Fri Feb 25 2022

Idris terdahulu ditanya pemberita susulan gesaan Dewan Ulama Pas yang meminta agar semua pihak menghormati hak tiga anak Loh Siew Hong yang telah diislamkan oleh bapa mereka.- Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lawatan PM ke Jerman: Sekitar 30 syarikat utama Jerman sertai meja bulat perniagaan
Sidang meja bulat itu dikelola oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Senator Mohd Hasbie akan anjur meja bulat pemimpin muda serantau
Senator Mohd Hasbie akan menggembleng pemimpin muda serantau dalam perbincangan meja bulat yuntuk membahaskan penglibatan di badan legislatif, pentadbiran awam dan isu golongan muda.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

Perbincangan meja bulat bincang isu penukaran agama tiga beradik pada Rabu - Idris
Perbincangan berkenaan akan turut melibatkan pakar dalam bidang antaranya agama, perundangan dan sebagainya.

Malaysia anjur Forum Menteri-menteri Gas IEF-IGU ke-7
Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

Perang perdagangan AS-China akan lebih jejaskan pasaran pesat membangun
Ketua Pakar Ekonomi, Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN3 (AMRO), Dr Khor Hoe Ee berkata negara pengeluar komoditi akan kurang terjejas.