KUANTAN: Perbezaan pendapat, perbahasan, pertukaran fikiran dan kritikan di media arus perdana atau media sosial perlu diraikan bagi memahami serta mematangkan demokrasi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
"Pada saya, kita harus mengizinkan pertukaran fikiran dan pendapat yang sihat sama ada menyokong atau tidak... dan kedua-dua pihak harus terima (pandangan itu). Kita sentiasa terbuka kepada kritikan dan pertembungan idea akan menghasilkan idea lebih segar dan baik.
"Cuma apa yang harus dielak ialah kata-kata nista dan perkara tidak sopan yang pada saya tidak menguntungkan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Bengkel Usahawan Pahang: Program Pengupayaan Digital di sini hari ini.
Beliau berkata perkembangan media sosial pada masa ini melahirkan komuniti digital yang bebas menggunakan pelbagai platform untuk meluahkan pandangan.
Bagaimanapun, pandangan itu perlu diutarakan secara tertib dengan berasaskan fakta serta data dan jika berbicara mengenai politik, hendaklah berdasarkan kepada Perlembagaan, Rukun Negara dan sebagainya.
Bengkel sehari anjuran MyNIC Berhad itu berlangsung secara dalam talian dan turut hadir ialah Pengerusinya Dr Mohamed Awang Lah dan Ketua Pegawai Eksektif Datuk Hasnul Fadhly Hasan.
Saifuddin, yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang, berkata kerajaan juga terbuka kepada kritikan namun bergantung kepada 'cara individu melihat, menilai dan bertindak' dan daripada kritikan itu, ada pandangan yang boleh diterima selain wajar diberikan penerangan.
"Ini bukan soal mempertahan kerajaan sedia ada tetapi soal kestabilan yang kebetulan pada hari ini, kerajaan yang ada ialah kerajaan Perikatan Nasional yang pada saya, wajar diberi peluang untuk terus mentadbir negara pada masa ini.
"Malaysia memerlukan kestabilan termasuk kestabilan politik. Jika berlaku ketidakstabilan, ini akan mengganggu usaha yang sedang dilakukan iaitu mengawal dan menangani pandemik COVID-19 serta meneruskan kelangsungan hidup dari segi ekonomi," katanya.
Beliau juga berkata meskipun ada kritikan terhadap kerajaan namun tiada tindakan diambil di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 kerana peruntukan itu digunakan 'dengan sangat berhati-hati untuk mengatasi berita palsu' dalam menangani pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 10 2021
Saifuddin berkata kerajaan juga terbuka kepada kritikan namun bergantung kepada 'cara individu melihat, menilai dan bertindak' dan daripada kritikan itu, ada pandangan yang boleh diterima selain wajar diberikan penerangan. - Gambar fail/BERNAMA
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Perbezaan pandangan perlu dirai, dibuat secara tertib - Saifuddin
Perbezaan pendapat, perbahasan, pertukaran fikiran dan kritikan di media arus perdana atau media sosial perlu diraikan bagi memahami serta mematangkan demokrasi.
DAPSY buat laporan polis ugutan bunuh ke atas Lim Kit Siang
Lee berkata, hantaran yang dimuat naik petang semalam oleh pengguna bernama Hata Wahari berbunyi 'Lim Kit Siang ini sudah wajib dibunuh'.