Sambutan pelbagai perayaan masyarakat majmuk dapat mengukuhkan lagi perpaduan penduduk yang mengadaptasikan konsep 1Malaysia, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.
Beliau berkata melalui sambutan itu masyarakat boleh mengenali dan memahami budaya kaum lain secara langsung.
"Sokongan tanpa mengira kaum hadir memeriahkan program sambutan perayaan yang dianjurkan seperti Tahun Baharu Cina dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim secara semulajadi antara warga Sabah yang berbeza latar belakang agama dan budaya," katanya yang juga Anggota Parlimen Tawau ketika merasmikan Karnival Sempena Tahun Baru di sini malam tadi.
Yap berkata perpaduan sebenar akan wujud apabila tidak ada lagi perkara yang boleh menimbulkan rasa sangsi, gelisah dan kurang percaya atau terlalu sensitif apabila terdapat perkara atau isu tidak seharusnya dibangkitkan.
"Perpaduan itu penting dan menjadi tanggungjawab semua rakyat negara ini berusaha mengekalkannya, dan kita berada di landasan betul dalam kita menuju negara maju," katanya.
Kira-kira 3,000 warga Tawau hadir pada majlis sambutan itu di Padang Perbandaran yang akan berlangsung selama seminggu sehingga 22 Jan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2017

MARY: Perpaduan itu penting dan menjadi tanggungjawab semua rakyat negara ini berusaha mengekalkannya.
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Presiden Singapura seru pupuk rasa hormat dalam masyarakat
Tharman Shanmugaratnam mengajak masyarakat untuk meningkatkan rasa hormat terhadap individu daripada pelbagai kaum dan agama.

Malaysia Madani: Isu-Isu pengukuhan teras tamadun Malaysia
Penulisan ini menghuraikan maksud teras tamadun Malaysia dan bagaimana sistem kemajmukan di negara ini dapat diperkukuhkan lagi.

Keluarga Malaysia: Tarian Singa jadi milik masyarakat berbilang kaum
Minat yang mendalam mendorong Maizur menyertai Kelab Sukan Leong Sin sejak empat tahun lepas.

Hari Malaysia beri makna besar buat masyarakat berbilang kaum di Sarawak
Sarawak dilihat sebagai model dengan tahap toleransi, penerimaan dan saling menghormati yang tinggi dalam kalangan masyarakat berlainan agama.

Ahli politik perlu ambil serius isu agama dan bangsa - Shafie
Sifat toleransi antara berbilang bangsa dan agama di negara ini perlu dieratkan lagi bagi mengelak kejadian seumpama berlaku di negara ini.

UMNO kekal parti Melayu sambil tidak menafikan hak kaum lain - Ku Li
UMNO sentiasa berjuang demi kepentingan kaum lain, apatah lagi ia merupakan sesuatu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Tengku Razaleigh.

Perayaan berbilang kaum bantu pemahaman budaya masyarakat - Mary Yap
Sambutan pelbagai perayaan masyarakat majmuk dapat mengukuhkan lagi perpaduan penduduk yang mengadaptasikan konsep 1Malaysia, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Menemplak tanggapan: Bukan semua kaum Melayu malas, Cina tamak, India pemabuk
Stereotaip kaum boleh dikatakan sebagai sifat manusia yang wujud sejak dahulu kala lagi, lebih-lebih lagi, dalam masyarakat berbilang kaum seperti negara kita.

Fakta tentang Malaysia yang berkemungkinan besar tidak diketahui ramai
Sejauh manakah anda tahu Malaysia? Ketahui fakta-fakta menarik tentang negara berbilang kaum ini yang mungkin anda telah terlepas!