JOHOR BAHRU: Tempoh reman dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini membabitkan nilai RM2,000, disambung sehari lagi hingga esok.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata perintah reman terhadap kedua-dua suspek itu dikeluarkan Majistret R. Salini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.
Dua anggota polis terbabit telah ditahan reman selama tiga hari bermula Sabtu dan berakhir hari ini.
Ketua Polis Johor CP M Kumar sebelum ini memaklumkan kedua-dua anggota polis berumur 32 dan 33 tahun yang bertugas di BSI itu, ditahan pada 1.50 tengah hari Jumaat lepas oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS.
Beliau berkata satu laporan polis diterima pada 12.23 tengah malam Jumaat berhubung seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun mendakwa telah diperas ugut oleh dua anggota terbabit pada Selasa (2 April).
"Siasatan awal mendapati semasa mangsa melalui BSI untuk pemeriksaan imigresen, dia telah ditahan oleh dua suspek kerana dikatakan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.
"Kemudian, suspek telah memeras ugut mangsa supaya membayar wang berjumlah RM2,000, bagi mengelakkan daripada ditangkap dan ditahan di lokap polis," katanya dalam satu kenyataan dan menambah hasil ujian saringan air kencing kedua-dua anggota berkenaan adalah negatif.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024

Raub berkata perintah reman terhadap kedua-dua suspek itu dikeluarkan Majistret R. Salini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/FB Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Peras ugut: Reman dua anggota polis BSI disambung hingga esok
Tempoh reman dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) disambung sehari lagi.

Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.

Tiga polis direman tujuh hari bantu siasatan dakwaan terima rasuah
Tiga anggota polis direman bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan menerima rasuah daripada seorang individu.

Pegawai, anggota polis Labuan direman lima hari kes rasuah
Seorang pegawai dan anggota polis ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah.

Kes bunuh di Tawau: Reman lapan anggota polis dilanjut seminggu
Tempoh reman lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di sini pada 13 Jan lepas, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula h

Tiga anggota polis ditahan SPRM Negeri Sembilan
Ketiga-tiga suspek itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban di sini esok untuk tujuan reman.