BALIK PULAU: Pernah menjadi mangsa sindiket pemerasan kerana melanggan pakej perkhidmatan seks secara dalam talian, seorang pemuda nekad melakukan tindakan sama bagi mengaut keuntungan sendiri.
Bagaimanapun perbuatan tersebut terbongkar selepas lelaki berusia 24 tahun itu berjaya diberkas polis di Pontian, Johor semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, penahanan lelaki itu susulan laporan polis dibuat seorang mangsa selepas dia diperas ugut suspek.
Suspek dikatakan telah memeras ugut mangsa yang cuba melanggan pakej perkhidmatan seks secara online sehingga mengalami kerugian RM450.
Kamarul Rizal berkata, siasatan mendapati suspek menjalankan aktiviti pemerasan sejak tahun 2019 hingga kini dan memperolehi wang lebih kurang RM34,000 hasil kegiatan jenayah tersebut.
"Suspek mendapat idea modus operandi tersebut kerana pernah menjadi mangsa pada tahun 2017 dan mengalami kerugian RM900."
"Suspek akan menggunakan gambar profil wanita berpakaian seksi di dalam aplikasi Mi-Chat, WhatsApp dan lain-lain aplikasi untuk menarik perhatian sasaran kononnya menawarkan perkhidmatan seks.
"Mesej perbualan antara suspek dan mangsa kemudiannya dijadikan bahan untuk peras ugut dan sekiranya enggan membuat bayaran bahan itu akan disebarkan kepada kenalan atau keluarga mangsa di aplikasi Facebook," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sekeping kad ATM dan 28 keping kad SIM pelbagai syarikat komunikasi yang digunakan untuk tujuan pemerasan.
Ujian saringan air kencing suspek negatif namun semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau membabitkan jenayah dan narkotik.
Suspek yang tidak bekerja direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Kamarul Rizal berkata, setakat ini Polis Daerah Barat Daya berjaya menyelesaikan empat kes di negeri itu dan Selangor.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan org ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial bagi tujuan yang tidak bermoral dan mengundang kesalahan jenayah.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jul 23 2021
Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sekeping kad ATM dan 28 keping kad SIM pelbagai syarikat komunikasi yang digunakan untuk tujuan pemerasan. - PDRM
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Peras ugut pakej perkhidmatan seks 'online', pemuda diberkas polis
Suspek dikatakan telah memeras ugut mangsa yang cuba melanggan pakej perkhidmatan seks secara online sehingga mengalami kerugian RM450.
Nasib 19 penuntut UPNM diketahui hari ini
Pada 10 November 2017, enam mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik penginapan asrama UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.