KUALA TERENGGANU: Tindakan sekumpulan pemuda daripada sebuah parti politik yang berarak dengan berpakaian perang lengkap bersenjata, dikhuatiri menimbulkan kegerunan orang ramai, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu hari ini bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan berkenaan.
Beliau berkata tindakan kumpulan yang dipercayai anggota Pas itu disifatkan sebagai ekstrem dan boleh menggugat keharmonian antara kaum bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara.
"Acara perarakan di jalanan secara terbuka dengan memakai pakaian perang dengan membawa peralatan berbentuk seperti pedang dan lembing adalah satu bentuk intimidasi yang boleh menimbulkan kerisauan orang ramai.
"Kami lihat Pas kini semakin berani menunjukkan sikap ekstrem mereka secara terangan-terangan tanpa memikirkan kesan terhadap perpaduan kaum di negara ini," katanya ketika ditemui di IPD Kuala Terengganu di sini, hari ini.
Selain itu, Raja Bahrin berkata pihaknya juga kesal dengan sikap pimpinan tertinggi Pas yang seakan-akan merestui tindakan berkenaan.
Semalam polis Terengganu memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 Feb lepas dalam satu program perhimpunan di sebuah kawasan resort di Setiu, dan perarakan itu merupakan salah satu daripada acara yang dipertandingkan pada program berkenaan iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa dilaporkan berkata pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam program perarakan itu dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023

Beliau berkata tindakan kumpulan yang dipercayai anggota Pas itu disifatkan sebagai ekstrem dan boleh menggugat keharmonian antara kaum. - Fail/Facebook Faizal Rahman

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Takut replika senjata petanda jahil - Hadi Awang
Kata Abdul Hadi, umat Islam golongan yang paling beradab dalam menggunakan senjata, kerana hukum syariat Islam itu sendiri.

Perarakan replika senjata: PH Terengganu buat laporan polis
Tindakan sekumpulan pemuda daripada sebuah parti politik yang berarak dengan berpakaian perang lengkap bersenjata, dikhuatiri menimbulkan kegerunan orang ramai, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Ter

Perarakan guna simbol Islam undang persepsi, kegelisahan rakyat - Menteri
Program perhimpunan sekumpulan pemuda yang turut membabitkan perarakan menggunakan simbol keagamaan telah mengundang pelbagai persepsi dan mencetuskan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Polis Terengganu siasat perarakan pemuda parti politik bawa senjata
Polis Terengganu akan menyiasat program perarakan sekumpulan pemuda sebuah parti politik yang didakwa membawa senjata di Setiu, Jumaat lepas.