Tindakan kumpulan yang berarak di ibu negara sambil melaungkan agar gaya hidup songsang diiktiraf dianggap sebagai bukan saja bertentangan dengan fitrah manusia, malah sesuatu yang 'menghairankan alam haiwan' sendiri.
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulas sedemikian dalam satu kenyataan di laman Facebook DrMAZA.com, berkaitan tindakan sekitar 1,000 penyokong kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang berhimpun di sekitar kawasan awam di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Mohd Asri antara lain menyatakan bahawa manusia biasanya berkumpul dan melaungkan perasaan untuk menuntut hak yang Tuhan berikan namun telah dicabuli, ataupun mencari kebaikan demi membela fitrah insani.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila tindakan kumpulan LGBT itu bukan sahaja mendedahkan keaiban mereka malah mencerminkan kecacatan fitrah mereka.
"Perarakan seperti itu bukan sahaja menghairankan manusia yang menuruti fitrah yang Allah tetapkan, tapi ia juga boleh menghairankan alam haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan," ujarnya.
BACA: Jakim tolak sebarang tindakan mengiktiraf golongan LGBT
BACA: Gunakan Himpunan Hari Wanita untuk pertahan LGBT salah guna ruang demokrasi - Mujahid
BACA: Polis terima aduan, sedang siasat perarakan LGBT di ibu negara
Fareez Azman
Sun Mar 10 2019
Mohd Asri berkata, golongan LGBT mendedahkan keaiban mereka malah mencerminkan kecacatan fitrah mereka.
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Perarakan LGBT menghairankan alam haiwan - Mufti Perlis
Tindakan kumpulan LGBT itu bukan sahaja golongan itu mendedahkan keaiban mereka malah mencerminkan kecacatan fitrah mereka.