KOTA BHARU: Permohonan pelajar yang ditolak untuk mendapatkan peranti siswa kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan rayuan secara bertulis atau berjumpa terus dengan pemimpin tempatan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata setakat ini 40,000 permohonan telah ditolak daripada jumlah keseluruhan permohonan iaitu lebih 470,000 orang.
"Saya cadangkan mereka boleh jumpa dengan pemimpin tempatan untuk memberi sokongan atau pengesahan kerana terdapat beberapa faktor yang boleh kami pertimbangkan walaupun tidak melepasi syarat kelayakan sebagai contoh pendapatan keluarga lebih RM5,000 sebulan.
"Tetapi pemohon mempunyai bilangan adik-beradik ramai dan terpaksa ulang-alik dengan jarak yang jauh dari sekolah ke rumah, selain seorang yang aktif dalam bidang kokurikulum di sekolah.
"Oleh itu, bagi yang tidak berjaya jangan berdukacita kerana belum secara muktamad lagi, saya akan ikhtiar bantu pelajar-pelajar ini asalkan tidak terlalu jauh daripada garis-garis syarat yang dikemukakan, kami akan beri pertimbangan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada 902 pelajar Tingkatan Enam peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Annuar berkata pihak sekolah juga seperti pengetua boleh membuat rayuan secara bertulis kepada pihaknya sekiranya ada pelajar mereka yang tidak berjaya menerima peranti siswa.
"Selain pemimpin tempatan yang tahu mengenai latar belakang keluarga pemohon, pengetua sekolah juga boleh kemukakan rayuan ini kerana mereka terlibat secara langsung mengenai penglibatan aktif pelajar-pelajar ini di sekolah," katanya.
Antara syarat pemberian peranti siswa adalah warganegara Malaysia, kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah; sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Selain itu, syarat lain adalah pemohon merupakan pelajar Tingkatan Enam di bawah KPM (dua semester); bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022; mengikuti pengajian secara sepenuh masa dan tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah kerajaan.
Pada 28 Okt lepas, Annuar turut memaklumkan tambahan 50,000 unit peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah dibuat bagi memberi peluang pelajar yang membuat rayuan memperolehnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2022

Annuar berucap ketika hadir menyampaikan Peranti Siswa Keluarga Malaysia kepada pelajar Tingkatan Enam dalam Daerah Kota Bharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, Kok Lanas hari ini. - Foto BERNAMA

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.

Kerajaan usaha percepat tingkat kelajuan internet di seluruh negara - Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan melalui kementeriannya akan terus berusaha mempercepatkan perluasan capaian, serta meningkatkan kelajuan internet di seluruh negara.

Peranti Siswa: Pelajar boleh kemuka rayuan bertulis kepada pemimpin tempatan - Annuar
Permohonan pelajar yang ditolak untuk mendapatkan peranti siswa kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan rayuan secara bertulis atau berjumpa terus dengan pemimpin tempatan.

Tiada laporan baharu penjualan semula PerantiSiswa - Annuar
Tiada laporan baharu yang diterima berhubung penjualan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia setakat ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Tambahan 50,000 unit beri peluang lebih ramai pelajar peroleh peranti siswa - Annuar
Langkah itu membuka peluang rayuan seluas-luasnya kepada pelajar yang layak namun ditolak, selain memastikan bekalan peranti tidak terputus.

"Jangan jual peranti siswa, itu hasrat kerajaan bantu pelajar B40" - PM
Ismail Sabri seru jangan cari untung jangka pendek hingga bantutkan hasrat kerajaan bantu pelajar B40.

Masalah tender, agihan tablet PerantiSiswa dijangka bermula Julai - Annuar
Agihan tablet kepada pelajar IPT dan IPTS dari golongan B40 melalui inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dijangka bermula Julai ini.