KOTA BHARU: Agihan tablet kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dari golongan B40 melalui inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dijangka bermula Julai ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata permohonan yang dibuka secara dalam talian sejak 15 April hingga 15 Mei leepas bagi fasa pertama itu telah menerima kira-kira 100,000 permohonan.
Beliau berkata semua permohonan sedang diteliti oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sebagai kementerian pelaksana bagi program inisiatif berkenaan.
"Sebelum ini kita menjangka sekiranya pembekal dapat membekalkan peranti pada bulan Mei tanpa sebarang masalah, maka pada bulan Jun kita akan mula mengagihkan kepada pelajar yang layak.
"Bagaimanapun ketika ini kita berdepan dengan masalah tender dan ia (tender) baru dibuka semula. Kita jangka sebelum pertengahan Jun, pemilihan tender dapat diselesaikan dan diputuskan, sekali gus pada bulan Julai kita akan mula mengagihkan tablet kepada pelajar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Komuniti Keluarga Malaysia dan Rakyat Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di Padang Kala, di sini hari ini.
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri itu dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung dari seluruh Kelantan dengan pelbagai menu dihidangkan, membabitkan hampir 20 gerai makanan selain aktiviti cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah termasuk telefon bimbit dan juga motosikal turut diadakan.
Mengulas lanjut, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata kementeriannya juga akan memperluaskan lagi kelayakan serta golongan yang layak menerima peranti tablet percuma berkenaan.
Katanya jika sebelum ini mereka yang menerima peranti ini hanya pelajar-pelajar IPTA dan IPTS daripada golongan B40, namun pihaknya akan memperluaskan lagi pemberian peranti itu kepada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) daripada golongan B40.
"Selain itu pelajar dibawah institusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) iaitu Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) juta akan dimasukkan dalam senarai pemohon yang layak sekiranya mereka daripada keluarga B40.
"Kita juga mempunyai tempoh masa dan siling yang mencukupi untuk memberi peranti percuma ini kepada jumlah penerima yang lebih ramai. Malah, ada mereka yang layak memohon tetapi tidak memohon kerana mereka telah mendapat peranti daripada pihak lain sekali gus membuatkan terdapat lebihan dari segi kapasiti penerima," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 28 2022

Annuar berkata kementeriannya juga akan memperluaskan lagi kelayakan serta golongan yang layak menerima peranti tablet percuma berkenaan. - Gambar fail
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Mac 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
1. SPR bermesyuarat tentukan tarikh penting PRK DUN Ayer Kuning
2. UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
3. RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dilulus
1. SPR bermesyuarat tentukan tarikh penting PRK DUN Ayer Kuning
2. UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
3. RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dilulus

Trump rancang batal status undang-undang sementara warga Ukraine
Berita mengenai potensi berlaku perubahan status itu membuatkan komuniti Ukraine di New York berasa takut dan bersiap sedia.

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Pelajar diingatkan tidak salah guna, jual tablet PerantiSiswa - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pelajar yang menerima tablet PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar tidak menyalahgunakan atau menjualnya.

Mahasiswa tidak perlu pulangkan PerantiSiswa - Ismail Sabri
Penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia kini tidak lagi perlu memulangkan peranti itu, seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.

Perdana Menteri lancar inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia esok
PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan diedarkan kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih esok.

Skop kelayakan PerantiSiswa diperluas, agihan fasa pertama bermula bulan ini - Annuar
Skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa diperluaskan kepada empat lagi kategori pelajar B40.

K-KOMM pertimbang perluas pemberian PerantiSiswa kepada pelajar institusi selain KPT
Berdasarkan permohonan yang dibuka sejak 15 April lepas, terdapat permohonan daripada pelajar institusi di bawah kementerian lain.

K-KOMM nafi pautan semak kelayakan dan permohonan PerantiSiswa
Ia adalah laman web tidak rasmi individu dan bukan daripada saluran rasmi kementerian.