KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memperluaskan skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa kepada empat lagi kategori pelajar B40, tambahan kepada kategori sebelum ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata empat kategori itu ialah pelajar program asasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pelajar program matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), pelajar semester 1 dan 2 sekolah menengah (Tingkatan 6) di bawah KPM dan pelajar yang mengikuti program di Kolej Vokasional yang menawarkan pengajian diploma.
"Semua kategori ini boleh membuat permohonan mulai hari ini sehingga 30 Sept," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) mengenai status pemberian tablet oleh K-KOMM melalui program PerantiSiswa dan jumlah tablet yang bakal diagihkan kepada pelajar daripada golongan B40 setakat ini.
Sebelum ini, pelajar golongan B40 yang layak memohon program berkenaan ialah mereka yang mengikuti program sepenuh masa diploma, diploma lanjutan, ijazah sarjana muda di IPTA dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di bawah kendalian KPT, pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah KPM, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah KPM dan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Sementara itu, Annuar berkata jawatankuasa perolehan telah memilih tablet jenama Samsung sebagai pemenang tender bagi program berkenaan untuk membekalkan peranti itu mengikut lima zon iaitu Zon Sabah dan Sarawak, Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Selatan.
Katanya proses perolehan yang dibuka semula telah selesai penghujung Julai lepas dan proses pengagihan peringkat awal kepada pelajar yang layak, akan bermula bulan ini.
Menurut beliau sejumlah 40 peratus pemohon didapati tidak layak semasa tapisan awal permohonan fasa pertama dan bagi memastikan tiada pelajar layak yang tercicir, proses rayuan akan dibuka.
"Bagi memastikan proses rayuan dibuat dengan teratur, kita akan melibatkan kepimpinan persatuan mahasiswa di IPT untuk membuat proses pengesahan manakala bagi pelajar sekolah, pemimpin tempatan termasuk Ahli Parlimen akan dilibatkan.
"Satu jadual akan disiapkan dan akan diedarkan kepada pemohon yang berjaya pada hujung bulan ini," katanya.
Mengulas mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya peranti yang dibekalkan rosak, Annuar berkata pelajar boleh terus memohon gantian kerana setiap peranti Android mereka itu mempunyai dua tahun jaminan.
"Ia adalah tablet Samsung A8 LTE yang terkini ada di pasaran, disyaratkan dua tahun jaminan kepada pembekal, supaya jika rosak pelajar boleh terus dapatkan gantian bagi memastikan pelajaran mereka tidak terganggu dan kaedah penggantian yang boleh kita uruskan secara berterusan," katanya.
Sementara itu dalam sidang medianya, Annuar berkata permohonan bagi fasa dua akan dibuka mulai pukul 12 tengah hari ini termasuk permohonan bagi kategori baharu yang baru diumumkan.
Katanya bagi permohonan fasa 2 ini, dijangka 60,000 pelajar akan menerima manfaat sambil menyatakan 'roll out' pertama akan dilaksanakan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hujung bulan ini.
"Ia akan disusuli oleh IPTA dan IPTS berdasarkan kemasukan pelajar ke IPT berkenaan sepanjang September, manakala pada Oktober kita boleh teruskan 'roll out' bagi fasa seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022

Annuar berkata permohonan bagi fasa dua akan dibuka mulai pukul 12 tengah hari ini termasuk permohonan bagi kategori baharu yang baru diumumkan. --fotoBERNAMA

Projek Rintis Tabika Berkeperluan Khas di Melaka dijangka mula operasi Julai
Tabika Berkeperluan Khas memberi ruang kepada kanak-kanak autisme belajar dalam persekitaran yang lebih selesa dan sesuai.

Qantas catat kenaikan untung 11 peratus bagi Julai-Disember 2024
Kumpulan Qantas Group pada Khamis mengumumkan keuntungan asas sebelum cukai sebanyak A$1.39 bilion (AS$874.2 juta) bagi tempoh enam bulan.
10 Berita Pilihan - (27 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 28 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gene Hackman ditemukan mati bersama isteri, anjing peliharaan
Pelakon legenda dan pemenang dua kali Anugerah Oscar, Gene Hackman ditemukan mati bersama isterinya, Betsy Arakawa, di kediaman mereka di New Mexican, pada tengah hari Rabu.
40 lelaki uyghur diusir dari Thailand
Seramai 40 warganegara China berbangsa Uyghur yang menduduki Thailand secara haram, telah dihantar pulang ke China pada Khamis.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Lapan terkorban dalam kebakaran di Bandar Quezon
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam kebakaran bangunan kediaman setinggi tiga tingkat di Kampung San Isidros Galas, Bandar Quezon, Filipina
Dua lelaki disebat kerana amal hubungan sejenis
Dua lelaki di Wilayah Aceh, Indonesia telah dikenakan hukuman sebat secara terbuka selepas Mahkamah Syariah menyabitkan mereka berdua atas kesalahan melakukan persetubuhan sejenis.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Penubuhan majlis media pastikan industri kekal mampan
Selepas 50 tahun, penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu untuk mengawal selia dan melindungi kepentingan pengamal media.
Akta PSB: "Kalau mereka anjur perhimpunan, saya akan turun lawan mereka" – Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dibuat kerajaan bagi menggubal akta pembaharuan semula bandar (PSB) yang akan dibentangkan di Parlimen kelak.

Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.

Program empowerNCER bantu pelajar B40 tingkat pencapaian SPM
95 peratus daripada 3,400 pelajar yang mengikuti program itu lulus SPM dan ia telah dilaksanakan di 30 daerah di empat negeri.

Skop kelayakan PerantiSiswa diperluas, agihan fasa pertama bermula bulan ini - Annuar
Skop kelayakan pemberian tablet program PerantiSiswa diperluaskan kepada empat lagi kategori pelajar B40.

Yayasan YTL sumbang telefon pintar percuma buat pelajar memerlukan
Guru-guru sekolah kerajaan diminta memberi senarai nama pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) untuk menerima telefon pintar secara percuma daripada Yayasan YTL.