Memerangi jenayah dengan meningkatkan penglibatan dan kerjasama masyarakat awam, menjadi agenda utama Ketua Polis Selangor yang baharu, Datuk Mohd Shukri Dahlan.
Mohd Shukri, 59, sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak berkata usaha berterusan juga akan dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti polis menjaga keselamatan awam di Selangor, yang merupakan antara negeri tertinggi mencatat peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial.
"Isu keselamatan dan jenayah menjadi topik perbualan masyarakat setempat dan menjadi agenda pertama saya untuk menanganinya," katanya dalam sidang media selepas menerima tugas daripada Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan yang memangku tugas Ketua Polis Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan turut dihadiri semua ketua polis daerah di Selangor.
Mohd Shukri, 59, berkata Selangor bukanlah asing baginya memandangkan beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas Selangor serta menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Sepang dan Shah Alam.
Sementara itu, Thaiveegan yang akan mengambil alih tugas sebagai timbalan ketua polis Pulau Pinang berkata ketua jabatan dan ketua polis daerah di Selangor banyak membantunya menangani isu jenayah sepanjang empat tahun berkhidmat di IPK Selangor.
Bernama
Mon Sep 09 2013
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Pemuda dipercayai mati dibunuh kerana cicak tokek
Pemuda yang ditemui mati di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebuah lombong di Jalan Rantau Panjang Bestari Jaya disyaki dibunuh kerana seekor cicak tokek.
Perangi jenayah agenda utama Ketua Polis Selangor yang baru
Memerangi jenayah dengan meningkatkan penglibatan dan kerjasama masyarakat awam, menjadi agenda utama Ketua Polis Selangor yang baharu, Datuk Mohd Shukri Dahlan.
Polis tidak lulus perhimpunan Bantah 505 di Perak
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata permohonan bagi Perhimpunan Bantah 505 sepatutnya dibuat kepada Ketua Polis Daerah Ipoh.
Latihan amali pilihan raya untuk polis Perak
Polis Perak akan mengadakan Latihan Amali Ex-Ballot pada 24 dan 25 Feb ini sebagai persediaan pasukan keselamatan itu menghadapi pilihan raya.
Kes rogol dua kanak-kanak di Kerian
Pihak polis hampir melengkapkan siasatan kes rogol dan cabul dua beradik perempuan di daerah Kerian pada akhir tahun lepas.