PERANG dagangan antara dua negara besar, Amerika Syarikat (AS) dan China dilihat memberi peluang baik kepada ekonomi di Malaysia.
Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kesan tindakan AS mengenakan tarif terhadap China telah menjadikan Malaysia sebuah negara berpotensi untuk menarik pelabur asing ke Asia Tenggara.
“Terdapat 24.7 peratus di kalangan mereka yang telah, menyatakan hasrat untuk ‘relocate' atau memindahkan operasi ke Asia Tenggara, termasuk Malaysia.”
Sekali gus, ia membuktikan bahawa Malaysia mempunyai potensi dalam menghadapi krisis dan mampu menukar krisis kepada menjadi satu peluang, agar Malaysia dapat menarik lebih banyak pelaburan dari negara luar.
Bagaimanapun, perang dagangan itu turut memberi kesan negatif kepada dagangan dunia.
Menjawab pertanyaan Awang Hashim (PAS-Pendang) yang bertanyakan mengenai kesan ke atas ekonomi Malaysia ekoran risiko ketidaktentuan persekitaran global khususnya antara Amerika Syarikat dan China baru-baru ini.
Walaupun Malaysia akan terkesan terhadap situasi itu, kata Mohamed Azmin, permintaan domestik terus menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan negara atas beberapa faktor.
Tambah beliau: “Malaysia boleh menjadi pintu masuk untuk menembusi pasaran ASEAN, yang berjumlah 650 juta orang dan kita bersyukur kerana malaysia mempunyai keadaan politik yang stabil, negara yang aman dan makmur.
"Kita juga mempunyai modal insan yang berbakat dan mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang yang tertentu.
"Ia dijangka dapat menarik pelabur-pelabur asing untuk datang ke negara Malaysia dan kita juga ada infrastruktur yang baik contohnya port (pelabuhan), lapangan terbang ataupun lebuhraya, yang boleh menjadi hubungan untuk menghubungkan negara-negara ASEAN di masa akan datang ” ujar Azmin lagi pada sidang Dewan Rakyat..
Tambah beliau, perang dagangan membuka peluang kepada Malaysia untuk meningkatkan eksport komoditi ke China terutamanya minyak sawit yang merupakan pengganti kepada minyak soya dan jagung.
Faris Danial Razi
Wed Jul 10 2019
Azmin berkata, Malaysia boleh menjadi pintu masuk untuk menembusi pasaran ASEAN seramai 650 juta orang. - Gambar BERNAMA
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah
Majed Abu Ramadan berkata tidak ada petunjuk bahawa pihak berkuasa Israel akan berbuat perkara berkenaan dalam masa terdekat.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.