KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan berpandangan bahawa rakyat Malaysia dilihat sudah bersedia memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' dengan pendedahan maklumat yang begitu meluas berhubung COVID-19 sejak wabak itu melanda negara hampir dua tahun.
Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatik) Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman berkata dengan jumlah vaksinasi lengkap dan dos penggalak serta vaksinasi kanak-kanak yang kini giat dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) mampu mengawal wabak apabila memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' bermula 1 April.
"Saya percaya kerajaan sudah memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan tentang wabak COVID-19 ini dan mereka sepatutnya mempunyai kesedaran serta membuat keputusan yang terbaik dalam melindungi diri daripada mendapat jangkitan.
"Mereka sepatutnya menjaga diri sendiri kerana maklumat telah diberikan oleh KKM sejak wabak ini melanda negara," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Dr Malina juga menasihatkan masyarakat untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan.
"Kita harus tahu sebenarnya ada segelintir golongan yang tidak boleh divaksin disebabkan oleh faktor kesihatan dan golongan inilah yang perlu kita lindungi apabila negara beralih ke Fasa 'Peralihan ke Endemik'.
"Mereka ini adalah golongan rentan, berisiko tinggi serta mempunyai komplikasi serius serta berdepan dengan kematian dan oleh kerana kesan daripada COVID-19 sangat tinggi dalam kalangan mereka, sangat wajar untuk semua rakyat Malaysia mengambil berat kesihatan masing-masing dan mengamalkan cara hidup yang sihat," katanya.
Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun berkata KKM sudah bersiap siaga dalam berhadapan peralihan fasa itu.
"Kita tidak perlu risau kerana KKM kini sudah mempunyai beberapa perancangan dan pelan yang rapi untuk ke Fasa 'Peralihan ke Endemik' ini berbanding waktu permulaan wabak ini melanda negara.
"Dulu kita tiada rawatan, tak bersedia, ventilator tak banyak dan tiada cara pencegahan yang betul, namun selepas dua tahun lebih banyak uji kaji yang telah dilakukan dan kita dah faham macam mana nak rawat kalau berhadapan dengan situasi yang disebabkan COVID-19 ini.
"Walaupun terdapat kes yang dimasukkan ke ICU (Unit rawatan Rapi) akibat varian baharu Omicron kita dah ada pelan tindakan yang lebih tersusun dan kita mampu untuk mengawalnya," katanya.
Dr Hanafiah juga menasihatkan mereka yang berada dalam sektor pelancongan untuk lebih berhati-hati dan mengekalkan SOP yang lebih ketat susulan pembukaan sempadan negara pada 1 April ini.
Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara akan memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' bermula 1 April ini iaitu fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan hampir normal selepas lebih dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
Dr Malina juga menasihatkan masyarakat untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) walaupun beberapa kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan. -Gambar hiasan/ Bernama
Tiga syarikat dipilih untuk fasa pertama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)
Antara tiga syarikat fasa pertama (PPKM) yang dipilih adalah Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdb Bhd dan Beriman Go Sdn Bhd. #AWANInews
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
Lebih dua tahun perangi COVID-19, 1 April permulaan baharu untuk Malaysia
Mulai 1 April depan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial serta pembukaan sempadan negara akan dilaksanakan dengan selamat.