Kerajaan negeri akan memantau dan meneliti latar belakang pemilik syarikat pemaju sebelum meluluskan sebarang projek pembinaan bagi mengelak kediaman terbengkalai di Perak.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia demi memastikan hak pembeli terjamin selain menutup ruang syarikat pemaju mengaut keuntungan sewenang-wenangnya dengan melanggar perundangan.
Beliau berkata bagi mengelak masalah itu berulang, satu pasukan petugas khas juga akan diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
"Saya yakin kaedah itu bukan hanya melihat kepada nama syarikat (pemaju) kerana punca utama kegagalan (projek) adalah disebabkan oleh pemilik syarikat," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jualan Rumah Teres Setingkat Carnelian 2 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Taman Meru Perdana 2, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MK Land Holdings Berhad (MK Land) Datuk Faris Yahaya berkata nilai pembangunan kasar bagi tiga projek utama syarikat itu di Meru Perdana, Meru Perdana 2 dan Klebang Putra berjumlah sekitar RM1 bilion.
Beliau berkata pembangunan di ketiga-tiga kawasan itu melibatkan projek unit kediaman serta lot komersial.
Mengenai projek perumahan Carnelian 2, katanya selain unit kediaman, ia bakal dilengkapi kemudahan seperti rumah kelab, dewan serba guna, kolam renang, sekolah, masjid, kawasan rekreasi serta pusat komersial.
"Kami percaya dengan ciri-ciri menarik ini, projek Carnelian 2 akan menarik minat pembeli sepertimana projek-projek pembangunan perumahan MK Land sebelum ini," katanya.
Projek Carnelian 2 yang melibatkan pembinaan 90 unit kediaman teres satu tingkat dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air, dijangka siap menjelang April 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023
![Perak teliti latar belakang pemaju, elak kediaman terbengkalai - MB Perak teliti latar belakang pemaju, elak kediaman terbengkalai - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683362289_MKLand.jpg)
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua, kanan) melihat replika rumah Carnelian 2 selepas merasmikan Majlis Jualan Rumah Teres Setingkat Carnelian 2 MK Land di Taman Meru Perdana 2 hari ini. - Foto BERNAMA
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721113188_DonaldTrump.jpg)
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112073_PangonHarimauMal.jpg)
Ini antara pencapaian Pan-gon bersama Harimau Malaya
Kim Pan-gon memiliki rekod yang cukup baik bersama Malaysia, menjadi pengendali Harimau Malaya paling banyak mendapatkan keputusan yang positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Messi harap cepat pulih daripada kecederaan Messi harap cepat pulih daripada kecederaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719647184_LionelMessi.jpg)
Messi harap cepat pulih daripada kecederaan
Kapten Argentina, Lionel Messi berharap agar beliau cepat pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya perlawanan akhir Copa America.
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
![405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak 405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720505316_diesel.jpg)
405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak
Sejumlah 405,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM871,395 telah dirampas di Perak dari 2023 hingga Mei tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
![NR-REE: MB jamin pertahankan hak Perak NR-REE: MB jamin pertahankan hak Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720497035_SaaraniMohamad.jpg)
NR-REE: MB jamin pertahankan hak Perak
Kerajaan Perak memberi jaminan akan mempertahankan hak sumber mineral galian unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini dan memastikan hasilnya adalah untuk manfaat rakyat Perak.
![Bandar PR1MA pertama tawar 1,500 kediaman mampu milik Bandar PR1MA pertama tawar 1,500 kediaman mampu milik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715780010_TBNgaKorMing.jpg)
Bandar PR1MA pertama tawar 1,500 kediaman mampu milik
Ia bakal menawarkan 1,500 unit kediaman yang dibina di atas tanah seluas 56 hektar di Teluk Intan membabitkan kos pembinaan berjumlah RM511 juta.
![Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717937962_AzamBaki.jpg)
Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan
Saksi-saksi berkenaan termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dalam perkhidmatan ketika itu.
![Isu boikot: Jabatan Mufti Perak akan beri penjelasan teks khutbah Jumaat Isu boikot: Jabatan Mufti Perak akan beri penjelasan teks khutbah Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716634194_TBSaaraniMohamad.jpg)
Isu boikot: Jabatan Mufti Perak akan beri penjelasan teks khutbah Jumaat
Jabatan Mufti Perak akan memberi penjelasan mengenai latar belakang dan juga maksud sebenar kandungan teks khutbah Jumaat, semalam.
![Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716607932_NafuziZain.jpg)
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
![Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708248058_banjir.jpg)
Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS setakat malam ini
Mangsa banjir di daerah Perak Tengah berkurang malam ini iaitu 130 orang daripada 44 keluarga berbanding 209 mangsa daripada 73 keluarga pagi tadi.
![MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716328405_TBmbperak.jpg)
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
![Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705586530_BanjirBukitRaja.jpg)
Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS
Keseluruhan mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu adalah sebanyak 615 orang setakat petang ini.
![Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703299550_TBSaaraniMohamad.jpg)
Tarif air: Kerajaan negeri Perak buat keputusan minggu depan - MB
Keputusan pelarasan tarif air baharu bagi pengguna domestik di Perak akan diputuskan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.