IPOH: Kerajaan Perak akan meneliti impak pelaksanaan skim tidak berpencen bagi penjawat awam baharu kepada perjawatan di peringkat negeri.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini perjawatan di peringkat negeri turut merangkumi mereka yang berjawatan tetap dan berpencen serta kakitangan kontrak.
"Pada saya ini perkara baharu, kalau boleh saya nak baca dan hadam dahulu keputusan yang dibuat Kabinet itu.
"Apapun kerajaan negeri akan meneliti untuk melihat kesannya kepada sistem pentadbiran negeri," katanya dalam sidang akhbar sempena sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Ahad.
Pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Kabinet telah bersetuju dengan ketetapan itu dan satu pengumuman mengenai tempoh serta tarikh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Menerusi ketetapan itu, status berpencen penjawat awam tetap sedia ada tidak akan terjejas, sementara penjawat awam baharu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang tahun 2040 jumlah saraan pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda akan mencecah RM120 bilion setahun.
Mengulas lanjut, Saarani berkata, cadangan pelaksaan skim itu pernah dibincangkan kerajaan sebelum ini.
"Ia bukanlah tiba-tiba kerajaan ini (laksanakan) dan saya pasti (keputusan Kabinet) ada rasionalnya tersendiri," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 28 2024
Saarani berkata, ketika ini perjawatan di peringkat negeri turut merangkumi mereka yang berjawatan tetap dan berpencen serta kakitangan kontrak.- Foto Sinar Harian
PM Anwar ucap takziah, turut bersolidariti bersama China
Anwar Ibrahim berkata, Malaysia turut berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat China dalam menghadapi bencana tragis ini.
Tumpuan Rabu – 8 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2025.
PM Anwar gesa GLIC, GLC perkasa pembangunan ekonomi Bumiputera
Perdana Menteri hari ini memberi penegasan serta cabaran untuk ketua GLIC dan GLC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas bagi memperkasa pembangunan ekonomi bumiputera.
RUU Jenayah Siber akan dibentang di Parlimen pada Oktober - NACSA
NACSA dalam proses merangka Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber baharu yang dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Sesi Keempat Parlimen ke-15 pada Oktober ini.
Selangor tubuh Pasukan Petugas Semikonduktor
Ia sebagai langkah penting ke arah mencapai matlamat menjadi hab reka bentuk cip global dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
PM Thailand sangkal khabar angin rombakan kabinet
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Selasa menyangkal khabar angin mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet dan menegaskan bahawa parti-parti gabungan masih kekal bersatu.
KPDN Kedah serbu premis pemborong diesel di Bukit Kayu Hitam
Serbuan dilakukan tujuh anggota penguat kuasa kira-kira 12 tengah hari selepas risikan dijalankan selama dua minggu.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco
Masih terdapat hampir 50 peratus rakyat di Perak masih belum mendaftar, kebanyakannya dalam kalangan penduduk di kawasan pedalaman.
Perak hantar 50 orang belia jalani latihan kemahiran di China
Kerajaan Negeri Perak akan menghantar 50 orang belia ke China bagi mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan panjang.
Perak kenal pasti lokasi pembangunan industri berteknologi tinggi
Kerajaan negeri Perak sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian bagi membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, utara negeri itu.
Jual air: Tidak ada kaitan dengan politik, kalau Kelantan nak beli pun boleh - Saarani
Keputusan Kerajaan Perak yang bersedia untuk berbincang dengan Pulau Pinang berhubungan penjualan air terawat ke negeri itu tidak mempunyai kaitan dengan pengaruh politik.
Perak bentang RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023
Kerajaan Negeri Perak membentangkan RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023 yang antara lain menaikkan jumlah penalti dan pembatalan lesen kepada penternak yang gagal mematuhi undang-undang.
Sidang DUN: Perak cadang Kerajaan Persekutuan ambil alih sekolah menengah tahfiz
Kerajaan Perak bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan sekolah menengah tahfiz di negeri itu diambil alih oleh pusat.
Pulau Pinang akan teruskan perbincangan bekalan air dengan Perak - Chow
Pulau Pinang merancang untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Negeri Perak mengenai Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), bagi mengimport air mentah dari negeri jiran.
MB Perak umum senarai portfolio Exco
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Pasca PRU15: Polis nafi kekecohan ahli UMNO di Lenggong, buka kertas siasatan
Polis Perak menafikan kononnya berlaku kekecohan di hadapan pejabat UMNO yang dikaitkan dengan penggabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).