IPOH: Kerajaan Perak menambah keluasan Tanah Rizab Melayu sebanyak 2,409.28 hektar membabitkan kawasan tanah-tanah kerajaan yang bernilai tinggi dan berpotensi untuk dimajukan.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan rizab di Perak meningkat kepada 955,587.8 hektar.
Beliau berkata keputusan yang dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri semalam sebagai usaha kerajaan negeri untuk memastikan kadar 50 peratus keluasan Tanah Rizab Melayu di negeri itu dapat dicapai.
"Kelulusan tambahan ini membabitkan kawasan Pasir Panjang Hulu, Mukim Pasir Panjang Hulu dan Kampung Makmur di Mukim Kampong Gajah dalam daerah Perak Tengah, masing-masing seluas 183 hektar dan 1,102 hektar.
"Kawasan baharu itu juga membabitkan kawasan di Mambang Di Awan (233.87 hektar) dan Sungai Kroh di Mukim Chenderiang, Batang Padang (476.3 hektar) manakala kawasan Kota Baharu di Mukim Teja, Kampar (395.36 hektar) dan di kawasan Slim Hills di Mukim Slim, Muallim (21.25 hektar)," katanya pada sidang media Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Jasamu Dikenang Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dekat sini hari ini.
Sementara itu katanya, PTG Perak berjaya membuat rundingan untuk mewartakan kawasan seluas 800 hektar di Gunung Bersout, daerah Batang Padang sebagai kawasan tambahan TRM.
"Kawasan yang diwartakan ini merupakan wakaf saraan bagi masjid seluruh Perak. Cadangan ini bagaimanapun akan diangkat bagi kelulusan MMK dalam masa terdekat untuk kita selesaikan segera," katanya.
Saarani di majlis sama turut menyempurnakan pelancaran Pengeluaran Salinan Dokumen Hak Milik Keluaran (DHK) kepada Tuan Punya Bersama di bawah Seksyen 343 Kanun Tanah Negara (Akta 828).
Katanya sistem e-Tanah merekodkan peningkatan permohonan hak milik hilang melibatkan pemilikan ramai susulan kes dokumen hilang, rosak atau ditahan pemilik bersama hingga mengakibatkan urusan berkaitan pindah milik, gadaian dan lien tidak dapat dilaksanakan.
"Jadi, melalui pendekatan baharu ini, DHK yang dikeluarkan kelak akan disimpan oleh Pendaftar atau Pentadbir Tanah khususnya bagi pemilikan hak milik yang dimiliki oleh ramai tuan punya berdaftar.
"Kita nak elakkan proses permohonan hak milik hilang tadi tidak dipohon oleh pemilik lain sekiranya ada isu berbangkit atau pertelingkahan di mana tiada perjanjian di antara tuan punya bersama mengenai penjagaan hak milik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023
![Perak tambah lebih 2,000 hektar Tanah Rizab Melayu - Saarani Perak tambah lebih 2,000 hektar Tanah Rizab Melayu - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683352712_SaaraniMohamad.jpg)
Saarani berkata penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan rizab di Perak meningkat kepada 955,587.8 hektar. - Gambar fail/Bernama
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732373205_WanRosdyWanIsmail.jpg)
Keluasan tanah rizab Melayu di Pahang meningkat - Wan Rosdy
Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar.
![Kes penipuan tanah rizab Melayu: Saarani sedia beri kerjasama kepada SPRM Kes penipuan tanah rizab Melayu: Saarani sedia beri kerjasama kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718014611_TBSaaraniMohamad.jpg)
Kes penipuan tanah rizab Melayu: Saarani sedia beri kerjasama kepada SPRM
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad sedia memberikan kerjasama kepada SPRM sekiranya dipanggil berhubung kes penipuan status tanah rizab Melayu.
![Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717937962_AzamBaki.jpg)
Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan
Saksi-saksi berkenaan termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dalam perkhidmatan ketika itu.
![Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716964917_TANSRIAZAMBAKIjp.jpg)
Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM
SPRM menggesa mana-mana pihak untuk salurkan maklumat berhubung sebarang penyelewengan berkait penukaran status tanah rizab Melayu.
![Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709191759_TBDATUKSERIAMIRU.jpg)
Pembangunan tanah rizab Melayu di Selangor hanya libatkan infrastruktur awam - MB
Kerajaan Selangor tidak membenarkan sebarang pembangunan dijalankan di tanah rizab Melayu (TRM) kecuali melibatkan pembinaan infrastruktur awam, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
![Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707799686_drZalihaMustafa.jpg)
Skim Perumahan MADANI akan diperincikan di sekitar Kuala Lumpur - Zaliha
JWP menyambut baik inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri dalam majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 pada Sabtu.
![Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686120169_MenteriBesarPerak.jpg)
Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.
![Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686118667_TanahRizabMelayu.jpg)
Tanah rizab Melayu: Ketua Pembangkang Perak lapor SPRM
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pengurusan tanah rizab Melayu di negeri ini.
![MB Perak kesal video kenyataan isu tanah rizab Melayu dimanipulasi, disebar MB Perak kesal video kenyataan isu tanah rizab Melayu dimanipulasi, disebar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683352712_SaaraniMohamad.jpg)
MB Perak kesal video kenyataan isu tanah rizab Melayu dimanipulasi, disebar
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri ini yang dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial.
![Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681284235_SUKSelangor.jpg)
Kerajaan Selangor nafi tanah rizab Melayu turun mendadak
Kerajaan Selangor sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan dan mengawal keluasan tanah rizab Melayu sedia ada termasuk melakukan pemantauan secara rapi.