IPOH: Perak merekodkan 1,089 kes COVID-19 dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini, kata Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi negeri, A Sivanesan.
Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 291.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 278 kes.
Menurutnya, salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes tersebut adalah disebabkan musim cuti sekolah.
"Begitupun keadaan masih terkawal dan jabatan kesihatan akan terus memantau situasi semasa khususnya kemasukan pesakit ke hosital bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat memenuhi keperluan pesakit COVID-19 dengan optimum," katanya.
Sivanesan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Membanteras Denggi peringkat negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Khamis.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Membanteras Denggi peringkat negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Khamis.
Sivanesan berkata, kadar penggunaan katil hospital Kementerian Kesihatan di negeri ini baru mencapai 64 peratus termasuk bagi kes bukan COVID-19, manakala katil unit rawatan rapi (ICU) pula sebanyak 60 peratus.
"Kadar ini adalah mencukupi buat masa ini. Jika bilangan pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke wad meningkat dalam masa terdekat, penggunaan katil di wad biasa dan ICU masih tidak terbeban," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan jumlah rakyat negeri ini yang mengambil dos penggalak atau suntikan vaksin COVID-19 yang ketiga dan keempat terlalu rendah.
Katanya, dos pertama merekodkan 80.7 peratus dan dos kedua sebanyak 79.1 peratus.
"Agak menyedihkan apabila suntikan bagi dos penggalak satu merekodkan 46.9 peratus dan hanya 1.7 peratus bagi dos penggalak dua," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 18 2024

Menurut Sivanesan, salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes tersebut adalah disebabkan musim cuti sekolah. - Gambar fail/Bernama
Lima bidang utama digaris dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan SOCA
Lima bidang utama digariskan dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA).
Festival Makanan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Putrajaya bersedia menjadi hab cita rasa Asia Tenggara dengan penganjuran Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya (PRAFF) 2025 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Mac.
Sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat dalam peringkat perancangan
Sidang kemuncak yang dirancang asean bersama Amerika Syarikat (AS) kini berada dalam peringkat perancangan.
Pengendali kereta api Indonesia lihat peningkatan penumpang
Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan
Manila gantung kelas bersemuka akibat indeks haba tinggi
Kerajaan Manila menggantung kelas bersemuka di semua peringkat bagi sekolah awam dan swasta akibat indeks haba yang tinggi, laporan dari Philippine News Agency.
Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
Dewan perniagaan Phuket menggalakkan sektor swasta menetapkan strategi baharu bagi pembangunan ekonomi dalam menghadapi peningkatan persaingan serantau.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentangkan
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.
MBSB isytihar dividen tunai tunggal RM1.80 sen sesaham bagi 2024
Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mengisytiharkan dividen tunai tunggal peringkat pertengahan sebanyak RM1.80 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pembayaran dividen ini akan dibuat pada 27 Mac 2025 kepada pemegang saham yang tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 17 Mac ini.
Pembayaran dividen ini akan dibuat pada 27 Mac 2025 kepada pemegang saham yang tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 17 Mac ini.
LHDN kesan 66,000 perniagaan e-dagang gagal patuh cukai
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengenal pasti sebanyak 66,000 perniagaan melalui Platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 sejak 1 Ogos 2024.
Menurutnya, semakan juga mendapati tiada rekod Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan dikemukakan sedangkan sejumlah 4 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan itu.
Menurutnya, semakan juga mendapati tiada rekod Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan dikemukakan sedangkan sejumlah 4 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan itu.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.