IPOH: Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan penggunaan pagar elektrik dan penggera amaran di perkampungan Orang Asli untuk menyelesaikan konflik antara gajah dan penduduk setempat.
Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, antara cadangan itu ialah membina 14 kilometer (km) pagar elektrik di sekeliling kampung Orang Asli di Pos Kemar, Gerik yang menelan belanja hampir RM1 juta.
Menurutnya, buat masa ini, Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) telah dipasang di kawasan Sekolah Kebangsaan RPS oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
“Bagaimanapun, isunya sekarang ialah penyelenggaraan. Siapa yang akan melakukannya? Apabila ada masalah, ia tidak akan berfungsi, itu yang masih kita bincangkan,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan program Central Forest Spine (CFS) Showcase bersama pemegang taruh peringkat negeri Perak, di sini, pada Khamis.
Pada masa sama, kata Mohd Akmal, beliau akan ke Johor untuk melihat sistem penggera amaran yang digunakan di kampung Orang Asli.
“Penggera itu berbunyi berbeza-beza. Lagi 1km gajah hendak sampai ke kampung tersebut, penggera akan berbunyi, menyebabkan gajah akan pergi ke tempat lain,” ujarnya.
Tambahnya, beliau juga akan ke Thailand untuk melihat cara yang digunakan di negara itu bagi mengurangkan konflik dengan gajah.
“Di Thailand ada pasar raya gajah yang menyediakan pelbagai sumber makanan gajah seperti ubi kayu, pisang dan sebagainya,” katanya.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, memindahkan gajah bukan penyelesaian masalah konflik antara haiwan itu dan manusia.
Awal bulan ini, seorang wanita Orang Asli patah tangan dan kaki dipercayai akibat diserang seekor gajah liar di Kampung Katong Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di Gerik.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata, mangsa mengalami patah tangan dan kaki kanan serta lebam di bahagian perut akibat diserang haiwan itu di belakang rumahnya.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Aug 19 2022
![Perak rancang guna pagar elektrik, penggera amaran, elak konflik gajah-manusia Perak rancang guna pagar elektrik, penggera amaran, elak konflik gajah-manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660883153_TBAkmalKamarudin.jpg)
Mohd Akmal (tengah) merasmikan program CFS Showcase bersama pemegang taruh peringkat negeri Perak, di Ipoh, semalam. - Foto Astro AWANI
![Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720350017_TBZahidHamidi.jpg)
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
![John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720357611_JohnCena.jpg)
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
![Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354301_HannahYeoh.jpg)
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
![Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720348842_TBdroneattack.jpg)
Darurat diisytihar di Voronezh, Rusia selepas serangan dron Ukraine
Keadaan darurat diisytiharkan di daerah Podgorensky wilayah Voronezh, Rusia selepas kebakaran tercetus akibat serangan dron Ukraine, kata gabenor wilayah, Alexander Gusev pada Ahad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Perak rancang guna pagar elektrik, penggera amaran, elak konflik gajah-manusia Perak rancang guna pagar elektrik, penggera amaran, elak konflik gajah-manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660883153_TBAkmalKamarudin.jpg)
Perak rancang guna pagar elektrik, penggera amaran, elak konflik gajah-manusia
Buat masa ini, Sistem Pagar Elektrik Gajah telah dipasang di kawasan Sekolah Kebangsaan RPS oleh pihak Perhilitan.
![48 laporan jangkitan saluran pernafasan di Perak 48 laporan jangkitan saluran pernafasan di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651583447_MohdAkmalKamarudin.jpg)
48 laporan jangkitan saluran pernafasan di Perak
Sebanyak 48 kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di negeri ini setakat Khamis lalu.
![HFMD: Perak catat lebih 8,000 kes HFMD: Perak catat lebih 8,000 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654332890_HFMD.jpg)
HFMD: Perak catat lebih 8,000 kes
Perak mencatatkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bermula Januari hingga semalam.
![HFMD: Lebih banyak tadika di Perak akan ditutup HFMD: Lebih banyak tadika di Perak akan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652922670_TBHFMD.jpg)
HFMD: Lebih banyak tadika di Perak akan ditutup
Lebih banyak tadika di Perak dijangka ditutup berikutan peningkatan wabak penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).
![HFMD: 42 tadika di Perak ditutup HFMD: 42 tadika di Perak ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653061061_MohdAkmalKamarudin.jpg)
HFMD: 42 tadika di Perak ditutup
Sebanyak 42 buah taman didikan kanak-kanak (tadika) di Perak telah ditutup ekoran wabak penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).
![Perak kenakan caj penggunaan plastik 20 sen tahun ini Perak kenakan caj penggunaan plastik 20 sen tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652944114_Begplastikmerah.jpg)
Perak kenakan caj penggunaan plastik 20 sen tahun ini
Negeri Perak juga akan bekerja kuat untuk mengurangkan pencemaran plastik di negeri itu.
![Perak sediakan 1,000 RTK-Ag kepada 59 pusat khidmat ADUN Perak sediakan 1,000 RTK-Ag kepada 59 pusat khidmat ADUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651618945_MohdAkmalKamarudin.jpg)
Perak sediakan 1,000 RTK-Ag kepada 59 pusat khidmat ADUN
Pemberian kit dalam masa terdekat itu diharap dapat mengawal dan memutuskan rantaian COVID-19 pada peringkat awal.
![Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650002571_rambut.jpg)
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
![Pengambilan dos penggalak rendah di kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama - Exco Pengambilan dos penggalak rendah di kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643406521_MohdAkmalKamarudin.jpg)
Pengambilan dos penggalak rendah di kawasan Kerian, Larut, Matang, Selama - Exco
Beberapa daerah di Perak seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama antara kawasan mencatatkan pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 yang rendah.
![Tiada kompromi palsukan sijil vaksinasi COVID-19 - Exco Tiada kompromi palsukan sijil vaksinasi COVID-19 - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642028989_sijil.jpg)
Tiada kompromi palsukan sijil vaksinasi COVID-19 - Exco
Mohd Akmal berkata, tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang melakukan perkara tersebut.