IPOH: Kerajaan negeri Perak memohon pengecualian daripada moratorium pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata kerajaan negeri Perak telah menerima royalti sebanyak RM21.1 juta sepanjang tempoh Februari hingga November tahun lepas daripada hasil perlombongan NR-REE khususnya di Mukim Kenering Hulu Perak.
"Sekiranya kerajaan Persekutuan menghalang Perak untuk mengeksport bermakna kami akan kehilangan hasil itu. Hasil dah ada nak jual ke mana.
"Jadi kerana itu kita minta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) supaya ada pengecualian kepada negeri Perak untuk kami mengeksport sehingga wujud dasar ditetapkan kementerian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perak SADC Datuk Yahanis Yahya di sini hari.
Saarani berkata NRES juga perlu mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah entiti yang menjadi pembeli kepada hasil NR-REE.
"Ada pelabur yang menawarkan diri bagi membuka perindustrian yang berkaitan dengan huluan dan hiliran NR-REE dan kita akan melihat perkara ini dengan lebih serius.
"Insya-Allah kita akan jumpa dengan kementerian untuk memberi keistimewaan kepada negeri Perak bagi mendahului kerana kami sudah ada barang tak boleh hendak eksport, kita mesti ada badan yang sanggup membeli dan juga memprosesnya dalam negara," katanya.
Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata setiap kerajaan negeri diingatkan agar mematuhi pelaksanaan moratorium pengeksportan bahan mentah NR-REE yang dikuatkuasakan sejak 1 Jan lepas.
Nik Nazmi berkata surat peringatan mengenai perkara itu telah dikeluarkan kepada semua kerajaan negeri pada 6 Mac lepas.
Sementara itu turut diadakan pelancaran prapesanan Jualan Rahmah Aidilfitri dan pelancaran Karnival Agropelancongan Perak 2024 pada majlis hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024

Kerajaan negeri Perak memohon pengecualian daripada moratorium pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. - Gambar fail/Sinar Harian

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

Pelaporan korporat yang berkualiti dorong keyakinan pelabur - Abdul Wahid
Pelaporan korporat yang berkualiti memberi impak ketara terhadap keyakinan pelabur, memudah cara pertumbuhan perniagaan dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan ekonomi secara keseluruhannya.
Bina Semula Gaza: Pelaksanaan pelan Negara Arab berdepan pelbagai ketidaktentuan - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff dan Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor menegaskan pelaksanaan pelan pembangunan Gaza oleh Negara Arab berdepan ketidaktentuan sumber dana. Bahkan, Pensyarah Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim menjelaskan Mesir sendiri tidak akan menerukan pelan terbabit tanpa restu Amerika Syarikat #DialogTigaPenjuru

MA63: Kerajaan MADANI selesai tunai sembilan tuntutan setakat ini - Fadillah
Kerajaan MADANI berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pasaran getah ditutup rendah susulan prestasi lemah niaga hadapan serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.
Dialog Tiga Penjuru: Pelan Pembangunan Semula Gaza: ‘Liga Arab Vs Trump
Apa cabaran dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab sebagai penolakan terhadap rancangan awal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengusir penduduk Palestin melalui projek ‘Riviera Timur Tengah’? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.

FBM KLCI ditutup tinggi melantun semula daripada penurunan 5 hari
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari.
Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
EdgeWood Residences tawar konsep ‘Healthy Home’
Pembangun hartanah terkemuka, SkyWorld Development Berhad, memperkenalkan SkyWorld Healthy Home – prinsip reka bentuk inovatif yang menggabungkan strategi pasif, teknologi pintar dan ciri mesra alam untuk persekitaran hidup yang lebih sihat dan selesa.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.

PDRM terima 489 laporan babit 637 rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan orang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 489 laporan berkaitan 637 warganegara Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan orang.

Perak hilang hasil sekiranya moratorium eksport NR-REE dilaksana - MB
Kerajaan negeri Perak memohon pengecualian daripada moratorium pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.