KUALA LUMPUR:Subsidiari milik penuh Perak Corporation Bhd (PCB), PCB Development Sdn Bhd telah memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) saling bersyarat yang berasingan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi cadangan penjualan tanah di Perak yang bernilai RM78.7 juta.
Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata PERKESO akan membeli empat keping tanah komersial dan satu tanah kediaman di Kinta, Perak.
"Cadangan pelupusan ini memberi ruang kepada kumpulan bagi mengumpul tunai yang boleh disalurkan ke arah operasi perniagaan dan membolehkan kumpulan membuat pembayaran balik pinjaman bank," katanya.
Sementara itu, PCB juga bercadang untuk melaksanakan Cadangan Skim Pengaturan berdasarkan Seksyen 366 akta berkaitan bagi penyelesaian liabiliti dan obligasi hutang syarikat skim yang tertunggak.
Pemiutang skim yang akan dimasukkan ke dalam Cadangan Skim Pengaturan ini, hendaklah terdiri daripada mereka yang telah membuktikan tuntutan mereka, termasuk tuntutan tersebut diketahui, tidak diketahui secara semasa, kontinjen atau sebaliknya, serta apa-apa jaminan korporat yang telah membeku sehingga pada 30 Jun 2020 (tarikh akhir).
Pada tarikh tamat tempoh, liabiliti tertunggak agregat yang akan diselesaikan oleh syarikat-syarikat skim di bawah Cadangan Skim Pengaturan, berjumlah kira-kira RM858.37 juta.
PCB berkata Cadangan Skim Pengaturan ini adalah cadangan komprehensif yang bertujuan untuk menyusun semula kemampuan kewangan kumpulan dengan menstruktur semula pembayaran balik hutang disebabkan oleh Pemiutang Skim serta beban perkhidmatan faedah yang berbangkit.
"Ini akan meringankan beban kewangan PCB dan membolehkan kumpulan memberi tumpuan untuk memulihkan perniagaannya," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020

Cadangan Skim Pengaturan adalah cadangan komprehensif bertujuan untuk menyusun semula kemampuan kewangan kumpulan PCB dengan menstruktur semula pembayaran balik hutang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Perak Corp jual tanah berharga RM78.7 juta
Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, PERKESO akan membeli empat keping tanah komersial dan satu tanah kediaman di Kinta, Perak.

Tarikan DreamWorks di Movie Animation Park Studios tidak diteruskan
ATP dan DreamWorks tidak mencapai persetujuan untuk membuka tarikan DreamWorks kepada orang ramai pada 1 Ogos 2018.

PKNP diarah tolak usul bayar fi dan imbuhan pengarah PCB - MB Perak
Sebagai Pengerusi PKNP, yang memiliki saham majoriti dalam kumpulan PCB, saya mengarahkan PKNP menolak semua usul itu atas kepentingan negeri Perak dan rakyatnya.

Penggantungan PCB di Bursa akibat kegagalan terbit laporan akaun beraudit
Tempoh akhir yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia untuk menghantar laporan berkenaan ialah pada atau sebelum 30 April 2017.

LHDN perlu kaji semula pelaksanaan arahan potongan cukai tambahan - Cuepacs
Cuepacs menyifatkan tindakan LHDN sebagai tidak kena pada masanya dan hanya menambah beban kepada penjawat awam.