IPOH: Industri pelancongan Perak dijangka mendapat suntikan memberangsangkan melalui kerjasama dalam membangunkan platform digital Perak Box Office, sekali gus menjana pendapatan mencecah RM70 juta.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, L’Univers dan Pouch Nation berganding bahu membangunkan platform digital tersebut bagi memudahkan pengunjung mengakses acara menarik yang berlangsung di Perak.
"Platform seperti Perak Box Office bukan sahaja berguna kepada pelancong untuk mendapat maklumat terkini mengenai acara.
"Tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan negeri Perak dengan menjana pendapatan sebanyak RM70 juta dalam tempoh lima tahun," kata Nolee Ashilin.
Perak Box Office merupakan platform penjualan tiket unik khusus untuk negeri Perak, di samping berperanan membantu para pemain industri pelancongan memodenkan pemasaran masing-masing.
Ia dijangka dapat meningkatkan industri pelancongan di negeri ini dengan membantu menonjolkan aktiviti serta acara menarik kepada orang ramai.
"Ia turut disokong pihak kami dan People of Remarkable Talents (PORT), platform digital ini memudahkan para pengunjung mengakses acara yang sedang berlangsung.
"Ia termasuk konsert, perayaan, festival makanan, festival muzik, pameran dan konvensyen, pertunjukan bot antarabangsa, pertunjukan kereta dan acara triathlon."
Nolee Ashilin berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pengumuman kerjasama platform penjualan tiket negeri Perak itu, di sini, pada Isnin.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Pouch Nation, Gonçalo Vaz de Carvalho dan Ketua Pegawai Eksekutif L’Univers, Shannon Lee.
Bersempena dengan pengumuman itu, L’Univers turut mengumumkan mereka akan membawa pertunjukan seni kreatif dan kebudayaan dari serata dunia ke Perak.
Antaranya The UK Bubble Show, sebuah pertunjukan silap mata yang menampilkan pemegang beberapa rekod dunia Eran Backler.
Para pelancong juga akan disajikan dengan pelbagai pertunjukan menghiburkan pada suku akhir tahun 2022 yang tersedia di platform Perak Box Office kelak.
Sementara itu, Gonçalo berkata, pihaknya menyasarkan untuk menonjolkan pelbagai keunikan di negeri ini di mata dunia.
"Malaysia merupakan negara yang menakjubkan dengan pelbagai tarikan.
"Semasa menerokai negeri Perak, kami di Pouch Nation amat menghargai kecantikannya dan kepelbagaian tarikan yang tersedia.
"Bagaimanapun, Perak tidak mendapat perhatian yang sepatutnya, dan saya berbangga kerana dapat menonjolkan keunikan negeri ini melalui solusi digital kami.
"Di samping membantu para pemain industri pelancongan memodenkan pemasaran mereka untuk menarik minat lebih ramai orang," katanya.
Aida Aziz
Tue Oct 04 2022
Platform digital Perak Box Office dijangka dapat meningkatkan industri pelancongan di negeri ini dengan membantu menonjolkan aktiviti serta acara menarik kepada orang ramai. -Astro AWANI
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Perak Box Office pemangkin industri pelancongan negeri, disasar jana RM70 juta
Perak Box Office platform digital jual tiket, uar-uar acara menarik kepada orang ramai