BALIK PULAU: Fenomena air pasang merah, atau air merah, yang telah menyebabkan ribuan ikan mati di perairan Teluk Bahang bulan lepas kini dikesan melanda Pulau Betong di sini hari ini.
Difahamkan sebagaimana kejadian di perairan di Teluk Bahang, kehadiran alga dinoflagelat iaitu Noctiluca Scintillans yang menyebabkan air laut berwarna merah jambu turut menyebabkan spesies hidupan laut seperti ikan terutama ternakan dalam sangkar di perairan Pulau Betong mati.
Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai Universiti Sains Malaysia Profesor Datuk Dr Aileen Tan berkata pihaknya dimaklumkan oleh penternak ikan sangkar di perairan Pulau Betong bahawa mereka mengesan kehadiran Noctiluca Scintillans di kawasan itu pada sebelah pagi.
Beliau berkata ketika itu, air laut dalam keadaan pasang dan kemungkinan besar alga tersebut dari perairan Teluk Bahang yang dipercayai hanyut dibawa arus ke Pulau Betong.
"Variasi dalam faktor persekitaran seperti suhu atmosfera yang dikaitkan dengan hujan yang tinggi mengakibatkan perubahan suhu permukaan laut manakala ketersediaan nutrien terlarut menjadi punca pembiakan Noctiluca Scintillans," katanya ketika dihubungi hari ini
Tan berkata berdasarkan pemantauan, pihaknya mendapati alga itu tidak lagi dikesan di perairan Teluk Bahang dan ia kini berada di sekitar Pulau Betong.
Beliau berkata hasil penelitian dan kajian pihaknya mendapati kematian ikan serta hidupan laut adalah berpunca daripada kekurangan oksigen serta kepekatan amnonia yang tinggi disebabkan kehadiran alga itu.
''Gabungan amnonia dan oksigen yang rendah akibat kehadiran alga ini di laut akan menyebabkan ikan menjadi 'sesak nafas' kerana kekurangan oksigen. Alga ini mengurangkan kualiti air laut dan menyebabkan ia tidak selamat untuk ikan terus hidup,'' katanya.
Sebelum ini, nelayan dan penternak ikan dalam sangkar sekitar Teluk Bahang bimbang dengan fenomena itu ekoran kematian ribuan ikan serta hidupan laut.
Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang memaklumkan keputusan awal analisis oleh Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung bagi mengenal pasti fenomena air merah di perairan Teluk Bahang mendapati alga itu bukan toksin dan tidak berbahaya kepada manusia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023

Fenomena air pasang merah, atau air merah, yang telah menyebabkan ribuan ikan mati di perairan Teluk Bahang bulan lepas kini dikesan melanda Pulau Betong hari ini. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Perairan Pulau Betong pula dilanda fenomena air merah
Fenomena air pasang merah, atau air merah, yang telah menyebabkan ribuan ikan mati di perairan Teluk Bahang bulan lepas kini dikesan melanda Pulau Betong hari ini.

Fenomena air pasang merah dipercayai punca kematian ikan
JAS berkata fenomena tersebut menyebabkan percambahan plankton secara melampau sehingga mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam air.