Kematian ikan termasuk yang diternak di dalam sangkar di sekitar laut Tanjung Kupang pada Khamis lalu dipercayai berpunca daripada fenomena air pasang merah.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan pada hari Ahad berkata fenomena tersebut menyebabkan percambahan plankton secara melampau sehingga mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam air.
JAS yang menjalankan siasatan awal pada hari kejadian tidak menemui bahan pencemar ataupun tumpahan minyak dan di dalam rekodnya tiada juga terdapat sebarang punca industri berhampiran kawasan tersebut.
"Kejadian yang berlaku baru-baru ini juga pernah berlaku pada 28 Dis 2009. Biarpun begitu JAS akan sentiasa memantau dan meneruskan penguatkuasaan," katanya.
Menurut kenyataan itu, Jabatan Perikanan Johor telah dirujuk untuk mengenal pasti punca sebenar kematian ikan-ikan tersebut melalui analisis ke atas sampel ikan yang diambil.
JAS mengakui terdapat aktiviti penambakan laut yang dijalankan pada jarak yang dianggarkan melebihi tiga kilometer.
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang melaksanakan kerja-kerja penambakan tanah luar pesisir itu menafikan kerja-kerja mereka menyebabkan kematian ikan yang dianggarkan sebanyak empat tan itu.
Timbalan Pengerusi Eksekutif KPRJ, Datuk Md Othman Yusof berkata kematian ikan dalam sangkar bukan hanya berlaku di kawasan yang ditambak kerana ia turut berlaku di Singapura.
"Agak tidak adil jika kerja-kerja penambakan itu didakwa sebagai punca kematian ikan kerana kita mengikuti prosedur yang ditetapkan dan Jabatan Alam Sekitar sendiri setiap masa memantau dan mengambil contoh air supaya tidak wujud percemaran akibat kerja-kerja tersebut," katanya.
Menurut beliau, kerja-kerja penambakan telah dimulakan sejak 22 Jan lalu dengan hanya melibatkan kawasan seluas 0.4 hektar.
"Jika kematian itu disebabkan kerja (penambakan) ini, mengapa ikan hanya mati pada masa sekarang dan bukan sehari dua selepas kita buat kerja-kerja penambakan," kata Md Othman.
Beliau turut menyanggah dakwaan sesetengah pihak bahawa kerja penambakan bagi projek pembangunan bercampur itu dibuat di luar pengetahuan penduduk setempat.
"Kita ada semua kronologi mengenai projek berkenaan. Kita telah berbincang dan memberi taklimat kepada penduduk serta nelayan mengenai projek yang kita hendak bangunkan," katanya.
Kejadian itu menjejaskan 10 sangkar ternakan ikan dan mata pencarian 250 nelayan tradisional.
Singapura juga dilaporkan mengalami kejadian yang sama.
Bernama
Mon Feb 17 2014
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
WEF2025: The Global Economic Outlook
Nearly five years since the COVID-19 pandemic upended the global economy, growth is slow but stable, inflation has gradually declined in advanced economies and trade trends have turned positive. Despite this, there remain challenges such as high public debt burdens, ongoing geo-economic tensions and the potential impact of industrial policies on smaller countries.
#AWANIRingkas 28 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Januari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.
Malaysia-Indonesia: Teroka kerjasama, mengukuh ASEAN
Kupasan mengenai sektor-sektor utama, peranan ASEAN, dan cabaran serta peluang yang ada dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi kedua-dua negara jiran ini. Ketahui bagaimana kerjasama ini boleh memberi manfaat kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN.
TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.
Statistik upah kerja (sektor formal) ST3 2024
Analisis persentil menunjukkan kumpulan 10 peratus terendah pekerja formal warganegara menerima median upah bulanan sebanyak RM1,500 atau kurang setiap bulan, manakala pekerja formal dalam persentil ke-90 menunjukkan peningkatan 4.9 peratus daripada September 2023, menerima sekurang-kurangnya RM8,600 sebulan.
Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.
Bangkok tutup lebih 350 sekolah susulan pencemaran udara teruk
Pihak berkuasa Thailand pada Jumaat menutup lebih 350 sekolah di ibu negara Bangkok akibat pencemaran udara.
Misteri kemunculan ratusan bebola tar di tepi pantai
Ujian awal menunjukkan ia adalah bahan pencemar berasaskan hidrokarbon iaitu komponen utama produk petroleum.
Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang hari ini menjalankan penguatkuasaan terhadap sebuah kilang pembuatan logam di kawasan Zon Perindustrian Bebas 1 Perai di sini susulan aduan pencemaran udara.
Fenomena air pasang merah dipercayai punca kematian ikan
JAS berkata fenomena tersebut menyebabkan percambahan plankton secara melampau sehingga mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam air.