“Ia muncul di Pantai Coogee, Sydney pada Selasa. Hasil pemerhatian awal mendapati ia mungkin terhasil daripada tumpahan minyak.
"Ujian awal menunjukkan ia adalah bahan pencemar berasaskan hidrokarbon iaitu komponen utama produk petroleum yang konsisten dengan bentuk objek itu,” kata Datuk Bandar, Dylan Parker.
Kemunculan objek bebola itu turut menarik perhatian sekumpulan burung camar ke pantai berkenaan.
Difahamkan, operasi pembersihan telah dijalankan manakala kawasan pantai sekitar masih dipantau.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi Pantai Coogee atau menyentuh objek itu ketika kerja membersih dan siasatan lebih terperinci sedang dilakukan,” jelas Parker lagi. - Sinar Harian memetik agensi