Tindakan kumpulan pejuang bersenjata didakwa dari Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria tidak boleh dilabel sebagai jihad.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata mengikut Islam, jihad dalam konteks peperangan adalah antara orang Islam dan musuh Islam.
"Isunya kumpulan itu berperang dengan siapa? Adakah kita boleh menganggap pihak yang mereka lawan itu bukan Islam? Sudahkah lawan mereka mengisytiharkan mereka bukan Islam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Menurutnya atas alasan itu, beliau kurang bersetuju jika kumpulan berkenaan melabel diri mereka sebagai pejuang jihad.
Tambahnya konsep jihad itu sendiri sangat luas dan terjemahan literalnya beerti kesungguhan.
"Kesungguhan meningkatkan status ekonomi adalah jihad. Kesungguhan melawan nafsu sendiri pun adalah suatu bentuk jihad yang lebih penting," katanya.
Sementara itu Timbalan Mufti Selangor Datuk Abd Majid Omar berkata setiap umat Islam bertanggungjawab terlebih dahulu kepada kerajaannya sendiri sebelum ingin menghulurkan bantuan kepada negara lain.
Oleh itu jika benar terdapat pejuang Malaysia bersama menentang peperangan saudara di Syria seperti didakwa, tindakan kumpulan itu tidak diharuskan dalam Islam, katanya.
"Setiap negara mempunyai undang-undangnya sendiri. Kita tidak boleh sesuka hati memasuki negara lain dengan niat untuk berperang kecuali negara itu meminta bantuan atau diserang dari luar oleh musuh Islam.
"Saya bersimpati dengan keadaan di Syria. Cuma rakyat negara ini haruslah menggunakan cara betul untuk salurkan bantuan dan bukannya mengangkat senjata," katanya.
Pada Selesa lepas Kementerian Luar telah meminta Syria supaya mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu.
Dalam satu kenyataan pada Selasa kementerian itu berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.
Ia menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.
Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 27 2014
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad - Foto islam.gov.my
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Harga siling minyak masak diturunkan, berkuat kuasa 8 September - Annuar
Harga siling minyak sawit botol lima kilogram diturunkan kepada RM33.50 daripada RM34.70 bermula 8 Sept hingga 7 Okt, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Tangani isu harga barang: 'Tindakan kerajaan lucu, lawak' - Mahfuz
Mahfuz berkata, kewujudan beberapa pasukan khas sebelum ini belum menampakkan sebarang perubahan atau hasil dalam menangani isu berkenaan.
Pengorbanan patuhi SOP satu jihad besar - Muhyiddin
Pengorbanan dalam mematuhi SOP bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 merupakan jihad besar di sisi Allah SWT dalam ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa, kata Perdana Menteri.
Ratusan kakitangan Facebook tuntut pihak atasan tidak sekat kandungan pro-Palestin
Surat tersebut telah menerima kira-kira 174 tandatangan tanpa nama membabitkan pekerja-pekerja yang tidak berpuas hati dengan pihak atasan.
Media sosial 'senjata' Abdallah berjihad lawan rejim Zionis
Lelaki berusia 35 tahun itu menetap di Kampung Pantai Cahaya Bulan sejak 2014 selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan.
Pertahan, bebaskan Palestin adalah satu kewajipan umat Islam - Hadi Awang
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah itu berkata Allah SWT mewajibkan umat Islam agar turut serta berjihad mengikut kemampuan masing-masing.
Kenapakah kesengsaraan warga Palestin masih berterusan?
Mungkin ada yang berpendapat kesengsaraan warga Palestin adalah hasil tindakan tentera Hamas yang melancarkan serangan roket ke arah Israel.
Konflik di Gaza: Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 30
Serangan udara oleh Israel berterusan manakala Hamas membalas dengan menembak roket ke Tel Aviv.
Ajaran Asmaul Husna dikesan masih aktif di Kelantan, giat rekrut ahli di media sosial
Pengasas ajaran berkenaan kini beralih merekrut pelajar lepasan pusat pengajian tinggi, bahkan ada di antaranya memegang ijazah PhD.