KOTA BHARU: Ajaran Asmaul Husna masih diamalkan sebahagian pengikut di seluruh negara termasuk di Kelantan.
Menurut salah seorang bekas pengikut ajaran berkenaan, ajaran Asmaul Husna dikembangkan dan diikuti melalui platform media sosial pada masa ini selepas mendapatkan tekanan dan difatwakan haram oleh beberapa majlis dan jabatan agama Islam negeri.
Musa (bukan nama sebenar), 59, yang ditemui Astro AWANI dua hari lalu, mendakwa pengasas ajaran berkenaan kini beralih merekrut pelajar lepasan pusat pengajian tinggi, bahkan ada di antaranya memegang ijazah PhD.
"Sebelum ini pengasas ajaran berkenaan menyasarkan golongan kakitangan kerajaan yang sudah bersara terutama membabitkan wanita serta mereka yang kurang asas agama dan pemahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Ramai pengikut ajaran ini terdiri daripada mereka yang berpencen, ada antaranya berjawatan tinggi sebelum ini," katanya ketika ditemui di sebuah restoran makanan segera di Kota Bharu.
Beliau bersama isteri dan anak perempuannya antara yang turut mengikuti ajaran berkenaan tahun lalu.
Di Kelantan, markas penyebaran ajaran ini adalah di Pulau Mukhlis, Danau Tok Uban, Pasir Mas yang bermula pada awal tahun lepas.
"Pengasas ajaran ini mendapat sumbangan dan dana yang banyak daripada pengikutnya selepas seruan melalui jihad infaq yang ditekankan melalui penghayatan nama Allah.
"Pengasas berkenaan selalu menekankan mengenai infaq dan sumbangan kerana katanya, duit tak bawa ke syurga, harus digunakan di dunia," jelasnya.
Ramai pengikut yang terpengaruh sehingga menderma dan mewakafkan harta benda mereka.
Dengan duit sumbangan itu, pengasas telah membeli tanah di pulau Mukhlis ini dengan harga lebih RM250,000 dan membelanjakan lebih RM150,000 untuk membaik pulih kawasan, bangunan yang ditinggalkan untuk dijadikan markas dan kawasan perhimpunan di Kelantan.
Musa berkata pada awal penyebaran ajaran berkenaan di Kelantan, ia diikuti 15 ahli atau pengikut setianya dan berkembang sehingga mencecah 200 pengikut terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya yang sebahagian besarnya ialah wanita.
Beliau menjelaskan, markas di pulau Mukhlis itu adalah markas kedua terbesar selepas Keratong, di Pahang.
Sepanjang markas di sini beroperasi pada Mac tahun lepas, pengasas ajaran Asmaul Husna mengadakan sesi kuliah beberapa kali dengan kali terakhir pada September tahun lepas.
Ajaran Asmaul Husna, dakwa Musa, terpesong selepas pengasasnya mendakwa kata-katanya merupakan "wahyu" atau langsung dari Allah.
Selain itu, beliau mendakwa belajar secara langsung dari Allah, membelakangkan Rasulullah dan mencipta zikir sendiri seakan akan mantera dalam bahasa Melayu.
Musa berkata, selepas menyedari ajaran yang dibawa pengasas itu terpesong daripada ajaran Rasulullah dan agama Islam, beliau terus meninggalkan kumpulan berkenaan.
Pada masa ini, beliau memaklumkan pengasas ajaran itu berjaya merekrut 16 pengikut setianya yang terdiri daripada kalangan bekas pelajar dan pemegang ijazah dari pusat pengajian tinggi.
"16 pengikut ini merupakan pengikut setianya, yang menjalankan penyebaran melalui media sosial, Instagram, Telegram dan sebagainya dengan menyasarkan golongan pelajar dan juga mereka yang cetek agama," ujarnya.
Tinjauan Astro AWANI mendapati markas kumpulan itu di Pulau Mukhlis tidak terurus dengan bangunan yang rosak dan tidak terjaga.
Namun masih terdapat beberapa orang yang dipercayai pengikut dan penjaga kawasan berkenaan.
Menurut Musa lagi, terdapat tujuh individu masih berada di situ membabitkan tiga lelaki dan empat wanita.
Astro AWANI akan cuba mendapatkan reaksi daripada Jabatan Agama Islam Kelantan berhubung perkara ini.
Vivi Sumanti
Fri Apr 02 2021
Ajaran Asma Al Husna masih diamalkan sebahagian pengikut di seluruh negara termasuk di Kelantan. -Astro AWANI/Vivi Sumanti
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Ajaran Asmaul Husna dikesan masih aktif di Kelantan, giat rekrut ahli di media sosial
Pengasas ajaran berkenaan kini beralih merekrut pelajar lepasan pusat pengajian tinggi, bahkan ada di antaranya memegang ijazah PhD.