KUALA LUMPUR: Inisiatif Wanita Bangkit Berniaga (WBB) yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerima jumlah penyertaan melebihi sasaran.
Menurut menterinya, Datuk Seri Rina Harun, sejak dilancarkan WBB telah menerima lebih 5,000 penyertaan berbanding sasaran awal 2,000.
Katanya inisiatif itu diperkenalkan selepas beliau turun padang menghantar bakul makanan bagi menyelami masalah rakyat terutama golongan wanita dan mendapati terdapat 1.2 juta ketua isi rumah wanita yang terpaksa memikul tanggungjawab menyara keluarga.
"Kita bukan sekadar beri bantuan kewangan (melalui Jabatan Kebajikan Masyarakt) tetapi juga memikirkan bagaimana untuk mereka hidup berdikari.
"Ada wanita yang terpaksa berhenti kerja sebab mak sakit dan tiada orang jaga, ada yang berhenti kerja duduk rumah besar tapi jangan lihat dari segi luaran sahaja rupanya penghuni dalam itu diberhentikan kerja, malah ada yang kemurungan," katanya kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Rina berkata, bagi menjayakan inisiatif itu, sinergi dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan pemain-pemain industri telah diadakan untuk membantu wanita bangkit serta menjana pendapatan dalam memulihkan ekonomi mereka sekeluarga.
"Dengan menggunakan aspirasi Keluarga Malaysia inilah kementerian bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam merencana pelan tindakan supaya matlamat program akan sampai pada akar umbi iaitu golongan wanita yang memerlukan," katanya lagi.
Wanita Bangkit Berniaga dilaksanakan khusus untuk wanita yang terkesan terutama dari segi menjana pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Ia merupakan kolaborasi strategik RichWorks International bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi menyediakan peluang kepada wanita memulakan perniagaan dan diberi bimbingan dalam perniagaan sekali gus membantu mereka yang terjejas untuk menambah sumber pendapatan.
Peserta juga boleh memilih produk atau perkhidmatan yang ditawarkan pemilik dan pengasas perniagaan yang terlibat nanti.
Hakim Rahman
Sat Nov 06 2021
Rina berkata, KPWKM mendapati terdapat 1.2 juta ketua isi rumah wanita yang terpaksa memikul tanggungjawab menyara keluarga. Foto/ Astro AWANI.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Penyertaan 'Wanita Bangkit Berniaga' melebihi sasaran - Rina Harun
Jelasnya pihaknya bukan hanya membantu melalui bantuan tunai melalui JKM tetapi juga memikirkan bagaimana untuk mereka hidup berdikari.
WBB buka peluang buat lebih ramai wanita bangkit menerusi perniagaan
Program ini juga bukan hanya sekadar membuka ruang kepada peserta untuk mendalami ilmu perkongsian kejayaan, malah turut membuka peluang yang lebih luas secara percuma.