PETALING JAYA: Pandemik COVID-19 yang melanda sejak dua tahun lalu menyaksikan begitu ramai usahawan terkesan terutamanya membabitkan golongan wanita dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS).
Menyedari hakikat itu RichWorks International Sdn Bhd (Richwork) memainkan peranan untuk turut sama berganding bahu bagi mengangkat semula usahawan wanita dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) yang bakal berlangsung 26 November nanti.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International, Radz Mohd seramai 37 usahawan jutawan turut bergabung tenaga dan berkongsi resipi kejayaan masing-masing pada program tersebut.
“Kami mensasarkan seramai 20,000 wanita menyertai sesi webinar ini. Sesi pembelajaran akan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang dan secara keseluruhan peserta akan terlibat dalam enam sesi.
“Ini adalah antara cara RichWorks International membantu masyarakat terutamanya wanita kembali melihat potensi diri.
"Seramai 37 usahawan jutawan daripada pelbagai latar belakang yang telah terbukti berjaya akan bercakap dan berkongsi kisah unik masing-masing,” katanya pada sidang media Pelancaran Wanita Bangkit Berniaga yang turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun di sini hari ini.
Tambahnya, program ini juga bukan hanya sekadar membuka ruang kepada peserta untuk mendalami ilmu perkongsian kejayaan, malah turut membuka peluang yang lebih luas secara percuma.
“Kali ini insyaAllah apa yang berbeza adalah kita juga akan memberi ruang dan peluang untuk mereka bertindak untuk berniaga. Kita memberikan mereka peluang untuk bermula sebagai seorang usahawan.
“Kalau dahulu kita hanya sekadar mengajar sahaja tetapi kini bezanya kita mengajar mereka, membimbing mereka dan kita beri juga peluang untuk mereka memilih produk-produk yang boleh mereka mulakan perniagaan pada masa itu juga untuk menjadi seorang usahawan,’ jelasnya lagi.
Sementara itu itu Rina berkata kementeriannya mengalu-alukan jalinan kerjasama dan memuji inisiatif yang diambil oleh pihak RichWork dalam usaha membantu golongan usahawan wanita.
“Kita sangat berterima kasih kerana aspirasi kementerian ini turut disambut oleh pihak syarikat-syarikat dan usahawan-usahawan.
"Jadi ia bukanlah hanya program kementerian semata-mata tetapi kita juga bersama pihak dalam sektor korporat dan usahawan yang telah berjaya untuk membantu wanita-wanita yang lain,” jelasnya selepas merasmikan serta menyaksikan perjanjian persefahaman yang dimeterai antara pihak KPWKM dan RichWorks.
RichWorks juga hari ini menandatangani kerjasama bersama sebahagian daripada 37 usahawan jutawan yang terlibat dalam program Wanita Bangkit Berniaga.
Antara lain, program yang bertemakan ‘Tangan Yang Menghayun Buaian Boleh Menggoncang Dunia’ itu juga bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan bulanan isi rumah dan memperkasa wanita melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Oct 21 2021
Rina hadir menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman antara RichWork, KPWKM dan usahawan-usahawan wanita di Damansara pada Khamis. - Foto Astro AWANI
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
WBB buka peluang buat lebih ramai wanita bangkit menerusi perniagaan
Program ini juga bukan hanya sekadar membuka ruang kepada peserta untuk mendalami ilmu perkongsian kejayaan, malah turut membuka peluang yang lebih luas secara percuma.