KUALA LUMPUR: Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) melalui pelbagai inisiatif termasuk menerusi program Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics dalam usaha memupuk minat para pelajar.
Menurut Menterinya, Chang Lih Kang, data dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2022 menunjukkan peratusan murid menengah atas yang menyertai aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mencatatkan penurunan daripada 45.20 peratus kepada 40.94 peratus dari 2017 hingga 2022.
Jelas beliau, Kajian Kesedaran Awam Mengenai STI Malaysia 2022 yang dilakukan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) MOSTI juga mendapati, antara sebab utama enrolmen rendah dalam aliran sains termasuk kerana sains disifatkan sebagai mata pelajaran sukar untuk difahami, selain tidak berminat dengan subjek berkenaan.
"Mengambil kira dapatan-dapatan berkaitan tahap kesedaran STI dan penurunan enrolmen dalam STEM ini, MOSTI komited menyusun dan menyelaras pelaksanaan Program Perdana Pembudayaan STI iaitu MSN dan Malaysia Techlympics.
"Satu Jawatankuasa Khas STEM bersama KPM dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Ekonomi juga akan ditubuhkan bagi menilai semula inisiatif dan dasar sedia ada berkaitan pembelajaran STEM di Malaysia.
"Ia seterusnya merangka agenda bagi memperkasa bidang STEM Negara untuk tempoh jangka masa pendek, sederhana dan panjang," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Minggu Sains Negara di Selangor dan Malaysia Techlympics 2023 peringkat zon tengah, hari ini.
Mengulas lanjut, Lih Kang berkata ketika ini pelaksanaan aktiviti-aktiviti STI yang diperkenalkan lebih berfokus untuk memupuk dan meningkatkan minat terhadap serta menggalakkan penghasilan idea inovasi.
Selain itu juga, jelas beliau kedua-dua inisiatif berkenaan bermatlamat untuk mencungkil bakat rakyat melibatkan golongan sasar iaitu dari peringkat sekolah sehingga belia.
"Melihat kepada kepentingan teknologi ini kepada negara, antara pengisian aktiviti dan pertandingan Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics turut menekankan aspek teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), pengekodan, pengkomputeran, dron dan banyak lagi sebagai wadah dan pendedahan awal bagi para pelajar dan belia dalam teknologi pesat ini," tambahnya.
Lih Kang berkata, MOSTI berpandangan kedua-dua program tersebut adalah penting untuk memberi pendedahan khususnya berhubung teknologi-teknologi terkini selaras dengan misi untuk melonjakkan Malaysia ke arah rantaian nilai inovasi global.
Mengenai program Karnival Minggu Sains Negara dan Malaysia Techlympics 2023 pula, Lih Kang berkata
pelbagai pertandingan yang berteraskan teknologi sohor seperti AI, Internet kebendaan (IoT), dron, pengekodan dan robotik akan dianjurkan di peringkat negeri, zon serta kebangsaan.
Selaras dengan penganjurannya yang memasuki tahun kedua, beliau berkata MOSTI komited untuk meraih satu juta penyertaan daripada para pelajar dan belia yang berusia tujuh hingga 30 tahun dalam pertandingan berteraskan teknologi terkini tersebut.
"Di samping itu juga, Malaysia Techlympics turut menekankan aspek keterangkuman dan inklusif dengan menitikberatkan akses kepada keperluan asas dan pendidikan berkualiti menerusi Program Jangkauan Keterangkuman yang telah dirancang sepanjang tempoh pelaksanaannya.
"Program ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan akses kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) STEM khususnya kepada pelajar luar bandar, guru dan komuniti setempat.
"Sehingga kini, sejumlah 1,200 pelajar dari negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya yang telah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Program Jangkauan Keterangkuman ini," katanya.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 07 2023

Lih Kang merasmikan Karnival Minggu Sains Negara di Selangor dan Malaysia Techlympics 2023 peringkat zon tengah, hari ini. - Foto/MOSTI

Laksana had tempoh jawatan PM perlu iltizam politik kuat semua pihak - AMK
Cadangan itu bukan perkara baharu kerana ia janji Pakatan Harapan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara
KTMB menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara bagi memenuhi permintaan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

RM8 juta peruntukan baik pulih 13 klinik kesihatan di Melaka
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih di 13 Klinik Kesihatan (KK) di Melaka pada tahun ini.

Alumni PTD gesa tindakan tegas tangani rasuah dalam perkhidmatan awam
Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) menggesa kerajaan untuk melaksanakan langkah yang tegas dan tuntas bagi menangani rasuah dalam sektor awam.

Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - Mohamed Khaled
Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan.
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.

PM Anwar hadir program Ihya' Ramadan di MOSTI
Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 12.10 tengah hari diiringi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang serta timbalannya Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.