Penggunaan penyembur nyah cemar terhadap individu untuk mencegah penularan COVID-19 adalah tidak disarankan kerana dikhuatiri akan membahayakan keadaan mana-mana individu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menerusi perkongsian di Twitternya.

Katanya, penggunaan penyembur nyah cemar terhadap individu juga tidak disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti yang termaktub dalam garis panduan COVID-19.

“Perkara utama adalah tidak membahayakan. Cara ini (penggunaan penyembur nyah cemar terhadap individu) tidak disarankan dan bertentangan dengan garis panduan WHO,” jelasnya.


Dr Jemilah yang juga pengasas Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) memuat naik posting tersebut sebagai membalas sebuah laporan oleh portal tempatan yang menyatakan sebuah universiti menghasilkan produk nyah cemar automatik yang menggunakan sistem semburan keseluruhan badan individu.

Pada masa sama, Dr Jemilah turut menyarankan agar universiti dan syarikat tempatan yang menggunakan cara semburan dihentikan dan menghasilkan produk berpandukan garis panduan oleh WHO.


Sebelum ini, beberapa institusi awam dan syarikat tempatan mengambil inisiatif mencipta produk penyembur nyah cemar terhadap individu dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19.

BACA: Inovasi rakyat bantu lindungi petugas barisan hadapan daripada COVID-19

Sementara itu, berdasarkan garis panduan yang ditetapkan WHO, semburan alkohol atau klorin terhadap badan tidak akan dapat membunuh virus yang sudah memasuki badan.

Malah, proses itu membahayakan anggota badan lain seperti mata dan mulut.

Dalam pada itu, berdasarkan garis panduan yang ditetapkan WHO, semburan alkohol atau chlorine terhadap badan tidak akan dapat membunuh virus yang sudah memasuki badan.