Usaha penyelidikan klon pisang FGV Holdings Bhd (FGV) nampaknya bakal membuahkan hasil apabila ia dijangka menampung kira-kira 30 peratus daripada permintaan negara terhadap buah tersebut menjelang 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata Pusat Inovasi FGV di Bandar Enstek, Negeri Sembilan telah menghasilkan pelbagai klon pisang sejak 2004, dengan pengeluaran bermula pada 2007 bagi memenuhi permintaan terhadap tanaman selingan semasa penanaman semula kelapa sawit dan pengusaha tanaman pisang di negara ini.
Ia kini menyasar satu juta klon pisang pada 2021, peningkatan 100 peratus daripada pengeluaran sekarang bagi menampung permintaan pasaran khusus terhadap pisang segar dan industri makanan berasaskan pisang.
"Ini sejajar dengan langkah strategik FV untuk mengembangkan inisiatif Perladangan Bersepadunya dan pada masa yang sama meningkatkan pengeluaran pisang tempatan dengan sasaran 50 peratus bahagian pasaran atau bersamaan dengan 1.7 juta anak benih menjelang 2022 yang seterusnya akan menambah baik mata pencarian pengusaha tanaman pisang di Malaysia," kata Haris.
Anak benih klon pisang FGV terbukti berkualiti tinggi dengan lebih enam juga ramet (klon individu) pisang berangan telah terjual antara 2007 hingga Julai 2020, menjadikan FGV salah satu daripada pengeluar anak benih klon pisang terbesar di Malaysia, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Jenis pisang yang paling mendapat permintaan daripada pengusaha tempatan adalah berangan dan ketika ini FGV menghasilkan 850,000 ramet setiap tahun. Tanaman induk klon pisang berangan FGV diperakui oleh Jabatan Pertanian di bawah Skim Pengesahan Bahan Penanaman.
Anak benih klon pisang yang dihasilkan FGV bebas penyakit, mempunyai pertumbuhan seragam dan boleh menghasilkan hasil lebih awal, katanya.
Anak benih klon pisang FGV yang termasuk pisang tanduk, lang, nipah, nangka, rastali, mas dan lemak manis boleh dibeli secara pukal di lima nurseri dan cawangannya di Bandar Enstek (Negeri Sembilan), Trolak (Perak), Jerantut (Pahang), Bukit Tongkat (Johor), dan Lahad Datu (Sabah).
Anak benih itu juga dijual secara dalam talian menerusi Shopee di bawah FGV Agri Services Sdn Bhd.
Susulan kejayaan ini, FGV kini membangunkan bahan penanaman klon bagi tanaman bernilai tinggi lain seperti nanas, buluh, vanila dan tanaman akuatik bagi menampung permintaan tinggi pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 31 2020

Anak benih klon pisang FGV yang termasuk pisang tanduk, lang, nipah, nangka, rastali, mas dan lemak manis boleh dibeli secara pukal. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekalan ayam belanda musim perayaan dijangka stabil - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan tiada wabak penyakit berlaku dalam pengeluaran ayam belanda dan bekalan negara sempena musim perayaan dijangka stabil.

Penyelidikan klon pisang FGV bakal tampung 30 peratus permintaan negara
Pusat Inovasi FGV di Bandar Enstek, Negeri Sembilan telah menghasilkan pelbagai klon pisang sejak 2004, dengan pengeluaran bermula pada 2007.

Haiwan korban disaran diperiksa dahulu pastikan bebas penyakit
Individu yang hendak menyembelih haiwan ternakan sebaiknya mendapatkan permit dari Jabatan Veterinar untuk memastikan kesihatan haiwan ternakan tersebut dalam keadaan baik.