Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata agensi pertahanan dan keselamatan di rantau ASEAN dan daerah luarnya perlu mewujudkan penyelarasan dan integrasi yang lebih luas bagi menghadapi cabaran dan ancaman keselamatan global.
Beliau berkata, ketika keganasan dan perbuatan ganas mencorakkan dasar global semasa, semua negara harus cukup bersiap siaga untuk menghadapi ancaman kumpulan pengganas seperti Daish dan Al-Qaeda.
"Kita hidup dalam zaman apabila kumpulan pengganas seperti Daish dan Al-Qaeda melakukan tindakan ekstremisme dan keganasan untuk menyebarkan pengaruh mereka. Kerana hidup dalam persekitaran keselamatan yang tidak menentu, kita harus cukup bersedia bagi menghadapi cabaran keselamatan.
"Malaysia sentiasa menekankan tentang pentingnya negara anggota masing-masing bekerjasama dalam bidang pertahanan untuk kebaikan rantau ini," kata beliau ketika berucap merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2018 di sini pada Ahad.
Beliau berkata dalam persekitaran hari ini, adalah penting bagi pasukan tentera dan awam untuk bekerjasama antara satu sama lain bagi memerangi ancaman luar secara efektif.
Ketika berucap di hadapan delegasi dari 60 negara, Ahmad Zahid berkata siri DSA sentiasa menegaskan tentang perlunya mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara unit-unit pertahanan di rantau ini dan akan terus mendapat sokongan kuat daripada masyarakat pertahanan antarabangsa.
Beliau berkata acara itu bukan sekadar mempamerkan teknologi dan persenjataan terkini tetapi terus menyatukan pelbagai pembuat dasar kerajaan, agensi tentera dan mekanisme pertahanan dari seluruh rantau ini.
Ia memupuk pakatan dan kepercayaan yang lebih besar antara pihak-pihak bekaitan dan menjadi platform penting bagi menggalakkan perkongsian teknologi asing, kata beliau.
"Siri DSA bukan sahaja membawa impak yang besar dari segi pemindahan dan kepakaran teknologi tetapi juga membuka akses kepada pembuat keputusan utama dunia dan pakar-pakar dalam bidang pertahanan.
"Hari ini, DSA dianggap sebagai salah satu Lima Pameran Pertahanan Teratas di dunia. Ia sememangnya satu platform penting dalam menyokong aspirasi rantau ini bagi operasi pengaman yang berterusan," kata beliau.
DSA yang dianggap sebagai pameran pertahanan dan keselamatan terbesar di Asia bermula esok sehingga Khamis di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini dan bakal menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam sekgor pertahahan dan keselamatan.
Penganjuran DSA ke-16 juga akan menyaksikan pelancaran National Security Asia (NATSEC Asia) 2018, yang pertama, pameran antarabangsa yang baharu mengenai Keselamatan Kebangsaan bagi Asia yang akan memberi tumpuan kepada semua sektor keselamatan negara termasuk keselamatan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 15 2018
Ahmad Zahid bersalaman bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semasa merasmikan Majlis Pembukaan DSA dan NATSEC 2018 di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.