BANGI: Penyebaran tentang pemahaman Islam yang tepat dapat meningkatkan keyakinan Muslim terhadap agamanya serta mampu memberi kejernihan fikiran kepada golongan bukan Islam berkaitan Islam agar tidak wujud salah tanggapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Islam merupakan agama indah yang mampu memberi kebahagiaan hakiki kepada setiap insan tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina, India, Orang Asli atau lain-lain, kedudukan sama ada kaya, miskin, berjawatan atau di mana mereka berada melalui panduan lengkap sebagai mana tertera di dalam Al-Quran dan al-hadis.
"Keindahan Islam hanya dapat dirasai sekiranya seseorang itu benar-benar memahami, mengamali serta menghayati setiap kandungan ajarannya yang sejati tanpa ada bercampur baur dengan fahaman yang boleh mengelirukan dan boleh menjerumuskan kesucian agama Islam kepada bentuk negatif seperti perpecahan, kebencian dan kemunduran," katanya.
Anwar berkata demikian dalam ucapannya pada Konvensyen Mualaf MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bersama-sama majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sentiasa bekerja keras dalam memastikan Islam sebenar disebarkan di negara ini.
"Ia selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub pada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan (1) iaitu Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan," kata beliau.
Anwar berkata usaha penyebaran Islam dapat dilihat melalui peranan petugas barisan hadapan Jakim serta majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri antaranya Penggerak Masyarakat Orang Asli, mubaligh dan guru agama.
"Mereka yang ditempatkan seluruh negara walaupun dengan gred perjawatan rendah serta sebahagiannya bertaraf kontrak sentiasa berusaha melaksanakan tugas memberi penerangan berkaitan Islam dengan amat baik.
"Ada antaranya sanggup merentas hutan belantara dengan hanya berkenderaan motosikal atau berjalan kaki, bekerja tanpa mengira waktu malam atau siang dan tidak hirau dengan cuaca hujan mahupun panas demi memastikan pemahaman Islam sebenar mampu sampai kepada setiap warga yang berada di bumi Malaysia," kata beliau.
Anwar berkata kebajikan mereka yang memikul amanah tersebut akan diberi perhatian sebaiknya oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jakim tanpa ada yang tercicir menikmati kemudahan yang ditetapkan.
Perdana Menteri berkata kerajaan melalui Jakim bersama-sama majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri sentiasa ingin memastikan mualaf yang ada mampu menjadi mukalaf terbaik dan ia dapat dilihat melalui penganjuran aktiviti yang bermanfaat serta dapat memberi impak terbaik kepada mualaf dan negara.
Beliau berkata kerajaan juga sentiasa cakna terhadap perkembangan serta kemajuan mualaf dari semasa ke semasa dan mengiktiraf pencapaian yang diperolehi.
"Mualaf di Malaysia semakin bertambah bilangannya dari tahun ke tahun dan ini merupakan satu perkembangan positif yang perlu dipastikan berterusan serta tidak terhenti," katanya.
Beliau berkata Konvensyen Mualaf MADANI Peringkat Kebangsaan hari ini adalah antara inisiatif di mana mualaf diberi ruang berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta pencapaian terbaik mereka diiktiraf melalui penganugerahan berdasarkan beberapa kriteria.
Konvensyen sehari itu disertai lebih 700 peserta yang terdiri daripada wakil kepimpinan masyarakat Orang Asli Islam, mualaf bandar, pinggir bandar dan pedalaman merentas kaum serta pihak-pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan, dan NGO.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid melancarkan aplikasi Glosari Bahasa Isyarat Islam (i-SIGN) sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun Institut Latihan Islam (ILIM), khusus bagi komuniti orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Menurut Anwar, Islam merupakan agama indah yang mampu memberi kebahagiaan hakiki kepada setiap insan tanpa mengira kaum. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata pindaan Akta 355 perlu lalui penelitian yang penuh7 dan harus juga merujuk pandangan pakar perundangan Islam antarabangsa.
PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza
Beliau berharap keadaan terkawal dan menegaskan keganasan bukanlah jawapannya, walaupun ada yang menentang tokoh politik berkenaan.
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.