GEORGE TOWN: Polis menyifatkan laporan kes penculikan kanak-kanak yang tular kebelakangan ini sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan polis mendapati tiada laporan penculikan kanak-kanak berlaku sebagaimana yang tular dan dakwaan itu tidak berasas.
Beliau berkata, setakat ini, hanya satu kes berlaku di Genting Highlands dan kes itu sudah diambil tindakan dan sedang dibicarakan di mahkamah.
Sementara kes yang tular dibeberapa negeri pula, tegas beliau, adalah palsu dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan tertentu.
Acryl Sani berkata, berikutan penyebaran maklumat kes penculikan itu juga, kesedaran ibu bapa dan masyarakat terhadap keselamatan kanak-kanak meningkat.
Namun begitu, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak menyebarkan berita yang tidak sahih berhubung kejadian penculikan kanak-kanak di negara ini kerana ia hanya mence]tuskan kebimbangan rakyat.
“Justeru kita menyeru semua rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa menjaga keselamatan anak-anak, memang sangat digalakkan bahkan ia sangat dialukan untuk menunjukkan tahap keprihatinan masyarakat khususnya ibu bapa.
“Namun, dalam kita meningkatkan keprihatinan, kesiapsiagaan kita jangan sampai pula kita terbabit dalam menyebar luaskan berita yang tidak benar yang boleh mendatangkan kegusaran kepada rakyat,” tegas Acryl Sani.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin Ke-75 di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban, di sini, pada Selasa
Kebelakangan ini, orang ramai digemparkan dengan insiden penculikan termasuk tular penculikan kanak-kanak dan penjualan organ manusia yang tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan rakyat.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Oct 04 2022

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan polis mendapati tiada laporan penculikan kanak-kanak berlaku sebagaimana yang tular dan dakwaan itu tidak berasas. - Gambar Astro AWANI
Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Pegawai penyiasat menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) suapaya menyelesaikan masalah dengan segera.
Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa Zayn Rayyan tak mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dan memilih untuk dibicarakan.

Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini.

'Saya akan terus beri kerjasama sehingga siasatan selesai' - Ismail Sabri
Ismail Sabri menegaskan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sehingga siasatan selesai.

Penghantaran pulang warga Palestin masih dalam perbincangan dengan Mesir - Adly
Setakat ini belum ada kata putus mengenai penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang sebelum ini dibawa ke Malaysia untuk rawatan.

MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani isu ketagihan media sosial yang luar biasa.

Bekalan kelapa, santan di Johor kembali stabil - Exco
Bekalan kelapa dan santan di Johor kembali stabil selepas mengalami kekurangan pada awal tahun ini, kata Lee Ting Han.

Astro lancar Max di Ultra dan Ulti Box, bawakan lebih piilihan hiburan premium untuk kediaman di Malaysia
Astro, selaku peneraju kandungan dan hiburan hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi penstriman Max, servis platform penstriman oleh Warner Bros. Discovery.

Insiden bunyi dentuman di Stesen Abdullah Hukum, Rapid Rail perjelas punca
Insiden bunyi dentuman kuat di Stesen Abdullah Hukum pada pukul 10.43 malam Rabu disahkan berpunca daripada kerosakan komponen pemasangan pengumpul kuasa pada tren.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri beri keterangan lebih lima jam di SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gara-gara ditinggalkan, wanita culik bekas teman lelaki
Polis berjaya menyelesaikan kes melarikan seorang lelaki warga Sri Lanka dalam tempoh 24 jam selepas menerima laporan pada 28 Februari lalu.

Penuntut universiti warga China didakwa culik remaja perempuan 15 tahun
Seorang penuntut universiti warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menculik seorang remaja perempuan, bulan lepas.

Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.

Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.

Empat rakan termasuk 2 remaja dipenjara 3 tahun culik kanak-kanak perempuan
Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7.2 juta wang tebusan
Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Okt lepas.

Polis buru suspek utama kes culik warga China
Polis sedang memburu suspek utama disyaki terbabit dalam kes culik lelaki warga China berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Mex pada 18 Oktober lalu.

Siasatan laporan kes culik di Gerik: Polis siasat kes pertama, sahkan kes kedua hanya rekaan
Polis sedang memburu suspek kes cubaan culik di kawasan berhampiran tanah perkuburan Kampung Padang, Gerik, Isnin lepas.

'Tiada insiden cubaan culik, hanya salah faham' - Polis
Polis mengesahkan tiada insiden cubaan culik seorang kanak-kanak lelaki di Laluan Meru Perdana 13, Taman Meru Perdana di sini yang tular di media sosial baru-baru ini.