PUTRAJAYA: Langkah penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lepas menyaksikan penurunan rampasan minyak diesel sebanyak 87 peratus, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.
Trend penurunan itu, katanya, berdasarkan perbandingan bagi tempoh 20 hari sebelum dan selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Beliau berkata, bagi tempoh 20 Mei hingga 9 Jun lepas, jumlah kes yang direkodkan ialah 65 kes dengan rampasan diesel sebanyak 520,803 liter, manakala bagi tempoh 10 Jun hingga 30 Jun lepas, iaitu 20 hari selepas penyasaran subsidi dilaksanakan, statistik menunjukkan hanya 14 kes melibatkan jumlah rampasan minyak diesel sebanyak 68,457 liter.
"Jumlah individu yang telah ditahan bersabit kes diesel juga berkurangan dalam tempoh yang sama iaitu daripada 40 orang kepada seorang sahaja.
"Perbandingan ini menunjukkan berlakunya penurunan jumlah kes yang signifikan," katanya dalam kenyataan.
Berkuat kuasa 10 Jun lepas, kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter di semua stesen minyak di seluruh Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit bahan api itu bagi Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Bagaimanapun, Armizan berkata, terdapat peningkatan bagi rampasan petrol RON95 iaitu 37 kes, melibatkan sebanyak 17,064 liter bagi tempoh 20 Mei hingga 9 Jun lepas, berbanding 46 kes dengan rampasan 14,011 liter selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Beliau berkata, jumlah tangkapan pula meningkat daripada 10 kepada 17 orang bagi tempoh sama.
Bagi membanteras aktiviti tersebut, beliau berkata, pihaknya akan terus meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas aktiviti penyelewengan barang kawalan menerusi Ops Tiris 3.0 di seluruh negara.
"Kerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain juga diadakan bagi memastikan isu ketirisan dapat diatasi secara menyeluruh dan berkesan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024
![Penyasaran subsidi diesel: Rampasan turun sebanyak 87 peratus - Armizan Penyasaran subsidi diesel: Rampasan turun sebanyak 87 peratus - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719502719_DatukArmizanMohdA.jpg)
Langkah penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lepas menyaksikan penurunan rampasan minyak diesel sebanyak 87 peratus, kata Armizan. - Gambar fail Bernama
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
![Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red? Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720339988_Dira.jpg)
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan umat Islam supaya mengambil iktibar sifat sabar dan gigih Nabi Muhammad SAW ketika memperkenalkan sesuatu perkara baharu dengan memikirkan pendekatan strategik agar ia dapat disampaikan secara teran, jelas dan berkesan supaya dapat difahami serta diterima.
![PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720337053_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
![KKR pantau isu kenaikan harga bahan binaan - Alexander KKR pantau isu kenaikan harga bahan binaan - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720073402_BangunanParlimen.jpg)
KKR pantau isu kenaikan harga bahan binaan - Alexander
KKR sentiasa memantau perkembangan industri pembinaan khususnya melibatkan isu kenaikan harga bahan binaan dan bahan mentah serta kesannya ke atas kontraktor.
![Penyasaran subsidi diesel: Rampasan turun sebanyak 87 peratus - Armizan Penyasaran subsidi diesel: Rampasan turun sebanyak 87 peratus - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719502719_DatukArmizanMohdA.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Rampasan turun sebanyak 87 peratus - Armizan
Langkah penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lepas menyaksikan penurunan rampasan minyak diesel sebanyak 87 peratus.
![Harga petrol, diesel kekal sehingga 10 Julai Harga petrol, diesel kekal sehingga 10 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720005029_diesel.jpg)
Harga petrol, diesel kekal sehingga 10 Julai
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter dari 4 hingga 10 Julai.
![BUDI Individu: Permohonan 115,000 pemilik kenderaan diesel diluluskan BUDI Individu: Permohonan 115,000 pemilik kenderaan diesel diluluskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905306_TBAMIRHAMZAH.jpg)
BUDI Individu: Permohonan 115,000 pemilik kenderaan diesel diluluskan
Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan bantuan tunai BUDI Individu kepada sejumlah 115,000 daripada 300,000 pemilik kenderaan diesel individu yang layak, setakat semalam.
![Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719887535_AnwarIbrahimMajli.jpg)
Tidak akan berundur walau dikritik tindakan tidak popular, penting untuk kukuh asas ekonomi - PM
"Tak ambil gaji dihina, banteras rasuah dengan tegas pun dihina, baik dengan Hamas pun dihina, dengan Blackrock pun dia kata ejen Yahudi. Fakta, tidak dipedulikan sama sekali."
![KUSKOP pantau secara terperinci pelaksanaan subsidi diesel, ambil maklum balas pemain industri - Ewon KUSKOP pantau secara terperinci pelaksanaan subsidi diesel, ambil maklum balas pemain industri - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717246336_TBEwonBenedick.jpg)
KUSKOP pantau secara terperinci pelaksanaan subsidi diesel, ambil maklum balas pemain industri - Ewon
KUSKOP akan memantau secara terperinci perkembangan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel kepada industri perniagaan.
![Kerajaan teliti keperluan laksana rasionalisasi subsidi petrol RON95 - Rafizi Kerajaan teliti keperluan laksana rasionalisasi subsidi petrol RON95 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711430175_tbRafiziRamliDewa.jpg)
Kerajaan teliti keperluan laksana rasionalisasi subsidi petrol RON95 - Rafizi
Kerajaan sedang meneliti keperluan melaksanakan rasionalisasi subsidi kepada petrol RON95.
![Penyasaran subsidi diesel langkah tidak popular, tapi bawa kestabilan fiskal - Ahli Ekonomi Penyasaran subsidi diesel langkah tidak popular, tapi bawa kestabilan fiskal - Ahli Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719369989_NazmiIdrus.jpg)
Penyasaran subsidi diesel langkah tidak popular, tapi bawa kestabilan fiskal - Ahli Ekonomi
Kerajaan mempunyai langkah-langkah untuk mengelakkan penyasaran subsidi diesel ini menimbulkan peningkatan kos sara hidup.
![Langkah penyasaran diesel tidak beri impak pada harga rumah - Kor Ming Langkah penyasaran diesel tidak beri impak pada harga rumah - Kor Ming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719312900_NgaKorMing.jpg)
Langkah penyasaran diesel tidak beri impak pada harga rumah - Kor Ming
Penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya memberi impak terhadap harga rumah, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![Kerajaan tidak tarik subsidi diesel sebaliknya disasarkan - KPDN Kerajaan tidak tarik subsidi diesel sebaliknya disasarkan - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717944801_TBDIESEL.jpg)
Kerajaan tidak tarik subsidi diesel sebaliknya disasarkan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa Kerajaan tidak menarik subsidi diesel, sebaliknya subsidi dahulu yang dinikmati secara pukal telah disasarkan.