KANGAR: Walaupun keputusan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel dianggap tidak popular, namun ia merupakan langkah berani untuk pengurusan subsidi negara yang lebih cekap bagi tempoh jangka panjang, kata Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Komunikasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Madya Mohd Zukime Mat Junoh.
Beliau berkata rakyat perlu menyedari bahawa pengurusan subsidi negara ketika ini adalah kritikal, maka penyasaran subsidi adalah demi kesejahteraan rakyat pada masa depan.
"Langkah kerajaan itu merupakan keputusan tidak popular, tetapi ia akan memberikan hasil positif terhadap pengurusan subsidi negara untuk tempoh jangka panjang, sekali gus menyumbang kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan manfaatnya akan kembali semula kepada rakyat," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kebaikan rasionalisasi subsidi bersasar untuk jangka masa panjang itu antaranya dapat membangunkan ekonomi yang inklusif iaitu menggalakkan diversifikasi ekonomi bagi mengurangkan kebergantungan kepada sektor tertentu selain memastikan peluang pekerjaan lebih meluas.
"Selain itu, ia dapat meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur asas dan teknologi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan," katanya.
Mohd Zukime turut mencadangkan kerajaan mengambil pendekatan holistik dan inklusif terhadap reaksi orang ramai berhubung penyasaran subsidi, antaranya melalui kempen penerangan yang jelas kepada rakyat.
"Rakyat perlu faham rasional di sebalik keputusan itu termasuk bagaimana ia akan memberi manfaat jangka panjang kepada ekonomi dan rakyat," katanya.
Selain itu beliau berkata pemantauan jitu terhadap bantuan Budi MADANI perlu dilakukan dari semasa ke semasa agar golongan sasar yang betul menikmati subsidi bersasar.
Sementara itu Pensyarah Kanan Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Badrul Hisham Abd Rahman berkata pelaksanaan penyasaran subsidi diesel adalah bagi memastikan kemampanan fiskal dan menggalakkan penggunaan bahan api yang lebih cekap.
Beliau berkata bantuan kerajaan untuk rakyat juga perlu disasarkan dengan efisien dan adil mengikut industri serta kadar penggunaan yang boleh dilaksanakan melalui penggunaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024
Mohd Zukime turut mencadangkan kerajaan mengambil pendekatan holistik dan inklusif terhadap reaksi orang ramai berhubung penyasaran subsidi, antaranya melalui kempen penerangan yang jelas kepada rakyat. - Gambar hiasan/BERNAMA
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Penyasaran subsidi diesel: MOF teliti cadangan, rayuan petani Cameron Highlands
Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pengusaha dan pekebun sayur di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan.
Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW
MCW turut cadang menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi.