PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sabah dan Sarawak sebelum pelaksanaan sebarang penyasaran semula subsidi diesel di negeri berkenaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata perbincangan itu perlu sebagai persiapan untuk menentukan golongan masyarakat yang boleh mendapatkan subsidi berkenaan sekiranya kerajaan Persekutuan memutuskan penyasaran semula subsidi diesel itu turut diperluas ke Sabah dan Sarawak.
Ahli Parlimen Papar itu berkata penyasaran semula subsidi diesel tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak setakat ini kerana penggunaan yang tinggi terhadap bahan bakar itu di kedua-dua negeri berkenaan.
"Kerajaan negeri dan agensi penguatkuasaan perlu bersedia untuk melihat komponen atau segmen masyarakat yang boleh dicadangkan untuk dipertimbangkan penyasaran semua subsidi diesel sekiranya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak kelak.
"Kita bersedia lebih awal sekiranya kerajaan memutuskan diperluas ke Sabah dan Sarawak, sekurangnya-kurangnya kita boleh mengemukakan cadangan kepada kerajaan Persekutuan mana-mana segmen masyarakat dengan penggunaan (diesel) tinggi, kita syorkan (subsidi) dengan mekanisme tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini hari ini bersempena dengan pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara bagi sambutan Tahun Baharu Cina yang berkuat kuasa 6 hingga 14 Feb ini.
Semalam, Armizan berkata projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bagi Sektor Pengangkutan Darat (Barangan), akan diadakan selama dua bulan bermula semalam bagi menyediakan mekanisme penyasaran semula subsidi diesel, dijangka dilaksana pada suku kedua tahun ini di Semenanjung.
Sehubungan itu, Armizan berkata kementeriannya juga memerlukan kerjasama daripada semua agensi penguatkuasaan termasuk kerajaan negeri untuk bersama-sama memperkemas mekanisme kawalan dan penguatkuasaan supaya aktiviti haram penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak dapat dikekang.
"Tidak ada gunanya kita teruskan subsidi yang tinggi tetapi akhirnya subsidi itu mengalir keluar dan bukannya dinikmati oleh rakyat, golongan sasar tetapi diseludup di sempadan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Armizan berkata penyasaran semula subsidi diesel tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak setakat ini kerana penggunaan yang tinggi terhadap bahan bakar itu di kedua-dua negeri berkenaan.- Gambar fail/Bernama
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
Penyasaran semula subsidi diesel: KPDN bincang dengan Sabah, Sarawak
KPDN akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sabah dan Sarawak sebelum pelaksanaan sebarang penyasaran semula subsidi diesel di negeri berkenaan.