PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dengan kes pecah rumah, curi dan mengintai di kawasan perumahan Seksyen 14 di sini 22 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 35 tahun mendakwa pelbagai barang peribadi miliknya telah hilang disyaki akibat pecah masuk.
"Pada 22 Jun lebih kurang jam 1.15 tengah hari polis menerima laporan daripada mangsa seorang wanita tempatan yang menyedari tingkap biliknya telah terbuka pada jam 8 pagi.
"Mangsa telah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan rumah dan mendapati pintu pagar rumah telah dirosakkan. Mangsa mendapati telefon bimbit, kunci almari, kunci pejabat, dokumen bank dan set alat kosmetik telah hilang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Fakhrudin berkata, bertindak di atas maklumat, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan di kawasan Seksyen 4 di sini.
"Pemeriksaan lanjut menemukan polis dengan pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dan curi termasuk wang tunai, kotak perhiasan, kasut, barangan elektronik dan perhiasan emas.
"Polis turut merampas sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di kawasan Petaling Jaya," katanya.
Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun mempunyai tiga rekod jenayah dan satu rekod kesalahan berkaitan dadah.
"Hasil soal siasat mendedahkan penglibatan suspek dalam kes jenayah lain. Dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah, kes curi dalam bangunan (dua), curi motosikal (satu), dan mengintai (satu)," ujarnya.
Katanya, suspek direman tujuh hari bermula Rabu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 30 2022

Sebahagian daripada barangan yang dirampas polis hasil penangkapan suspek. - Foto PDRM

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Apple labur US$500 bilion di AS dalam tempoh empat tahun di sebalik ancaman tarif Trump
Rancangan ini merangkumi pembinaan kilang di Texas, menggandakan Dana Pembuatan Termaju AS, penubuhan akademi pembuatan, mempercepatkan pelaburan AI dan kejuruteraan silikon.

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.

Dua parah ditetak 11 lelaki pecah masuk rumah
Dua lelaki tempatan cedera parah selepas ditetak 11 lelaki bertopeng yang memecah masuk kediaman mereka di Jalan Bunga Melur, Batu 14, Puchong, Selangor, tengah malam Sabtu.

Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Tiga Geng Atan terlibat kes pecah rumah, curi didakwa
Tiga ahli 'Geng Atan' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melakukan pecah rumah dengan niat mencuri, bulan lepas.

Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan
Polis berjaya menumpaskan 'Geng Atan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan.

Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.

'Geng Takim' aktif pecah rumah tumpas di Changkat Jering, tiga ditahan
Polis berjaya menyelesaikan 13 kes pecah premis dan curi kenderaan selepas menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai anggota kumpulan dikenali sebagai Geng Takim.

Polis Melaka tahan 'cicak' terlibat 22 kes pecah rumah
Lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai melakukan jenayah secara solo ditahan di sebuah hotel di Angkasa Nuri kira-kira 4.20 petang 16 Okt.

Tanah runtuh Melawati: Polis jamin rumah mangsa dikawal rapi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan jaminan bahawa kediaman mangsa yang terlibat dengan tanah runtuh di Taman Melawati akan dikawal rapi bagi mengelakkan sebarang kejadian pecah rumah.

Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam polis
Seorang lelaki dipercayai penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas bertindak merempuh kereta dinaiki polis di Kampung Kundang Rawang, Gombak, awal pagi tadi.

Polis tingkatkan rondaan di kawasan banjir, elak jenayah pecah rumah
Ia bagi memastikan rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selamat dan bagi mencegah jenayah pecah rumah.