Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) mengumumkan penutupan laluan di beberapa tempat sepanjang dua laluan di Jalan Cheras untuk memudahkan kerja-kerja pemeriksaan di ruang saluran dan kerja-kerja utiliti yang sedia ada bagi MRT Line Sungai Buloh-Kajang.

Dua kawasan tersebut ialah dari Taman Mutiara Barat ke Taman Billion yang akan ditutup pada 11 Mei – 14 Mei 2013 dari jam 10 malam sehingga 5 pagi dan dari Taman Billion ke Taman Midah yang akan ditutup pada 15 Mei – 18 Mei 2013 dari jam 10 malam sehingga 5 pagi.

Bagi setiap lokasi, sepanjang 10 meter akan ditutup dan ia merupakan satu bahagian penting dalam amalan keselamatan di semua tapak pembinaan MRT yang akan memastikan bahawa sebarang risiko kecederaan awam dapat dikurangkan. Penunggang motosikal juga diingatkan supaya berhati-hati apabila berada berhampiran tapak kerja MRT dan mematuhi tanda arah yang ada.

Penanda keselamatan dan kon trafik akan dipasang di tapak kerja bagi memastikan pengguna jalan raya dan pejalan kaki memperoleh maklumat berkenaan kerja yang dijalankan. Di samping itu, MRT Ronda akan bertugas selama 24 jam sepanjang laluan untuk sebarang kecemasan.Pengumuman oleh MRT

MRT Corp juga memohon maaf kepada orang ramai atas sebarang kesulitan yang berlaku semasa pembinaan kemudahan pengangkutan awam bertaraf dunia yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan trafik, orang ramai boleh mengunjungi laman web MRT di www.mymrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my, twitter @MRTMalaysia atau @MyMRT Underground atau terus menghubungi Hotline MRT di 1-800-82-6868.