Jalan susur dari Kawasan Perindustrian Sungai Chua untuk masuk ke Lebuhraya SILK ditutup dari 28 Nov hingga 17 Dis bagi kerja-kerja penyenggaraan dan menaik taraf jalan susur itu.

Dalam satu kenyataan, Lebuhraya Kajang SILK menasihatkan pengguna lebuh raya supaya menggunakan laluan alternatif menghala ke Sekolah Rendah Lt Adnan untuk keluar semula ke lebuh raya.

Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan yang tertera pada papan tanda sementara dan arahan di tapak pembinaan.

Orang ramai boleh menghubungi infoline SILK di 03-8921 0123 untuk maklumat lanjut mengenai penutupan jalan. - BERNAMA