Seorang penuntut Kejuruteraan Marin Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Negara Islam (IS).
Tertuduh, Wan Mohammad Arif Wan Rokman, 23, yang berasal dari Besut, Terengganu dituduh cuba memberi sokongan kepada IS dan berhasrat menjadi ahli kumpulan itu.
Lelaki itu ditahan pada 28 Disember itu kira-kira jam 10.15 malam di hadapan pintu C15 Balai Pelepasan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mengambil penerbangan Turkish Airlines ke Istanbul.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dan kes akan disebut semula pada 30 Mac ini untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizatul Akmal Maharam dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Tertuduh juga didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu dengan pengetahuan mengambil penerbangan pesawat Turkish Airline dari KLIA ke Istanbul Turki untuk cuba memberi sokongan kepada IS dan dalam cubaan itu dia hendak memasuki Syria melalui Istanbul untuk manfaat kumpulan IS.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 (1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Kanun 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.
Sabit kesalahan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak lebih dari 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang sudah digunakan atau diniatkan bagi melakukan kesalahan itu.
Astro Awani
Mon Jan 26 2015
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 (1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Kanun 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J. - Gambar Fail
Ketua Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh – Reaksi Penasihat Kehormat MyCARE
Bersama ditalian, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).
Kes dadah: Cliff Umar didenda RM5,500, pengawasan AADK dua tahun
Penyanyi Cliff Umar didenda RM5,500 atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis 'heroin dan monoacetylymorphines' serta memberikan diri sendiri dadah THT.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Turki anggap Israel tolak keamanan, Iran ikrar tak sia-siakan 'darah'
Tindakan tersebut sekali lagi mendedahkan sikap Israel di bawah pimpinan Benjamin Netanyahu bahawa mereka tidak berhasrat mencapai keamanan.
Lebih 60 individu di pejabat TikTok Singapura keracunan makanan
Sekurang-kurangnya 60 individu di pejabat ByteDance Singapura, syarikat induk TikTok menerima rawatan selepas disyaki keracunan makanan.
Pembunuhan Ismail Haniyeh bangkit perjuangan baharu Palestin - Serantau Muslim
Seorang pengawal keselamatan didakwa membuat hantaran jelik dengan niat menyakiti hati beberapa individu termasuk pendakwah.
Mahmoud Abbas kutuk pembunuhan terhadap Ismail Haniyeh
Sementara itu, Reuters melaporkan kumpulan-kumpulan kebangsaan dan Islam Palestin menggesa mogok umum dan demonstrasi besar-besaran selepas pembunuhan Haniyeh.
Jakim laksana solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berhubung perkara itu.
Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh perigi
Bomba Rantau Panjang berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 9.14 meter di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang.
Pembunuhan Ismail Haniyeh ‘tidak akan dibiarkan tanpa balasan’ - Hamas
Pembunuhan Ismail Haniyeh tidak akan dibiarkan tanpa balasan, kata pegawai Hamas sebagai reaksi kepada pembunuhan pemimpin itu dalam serangan Israel di Tehran.
AWANI Ringkas: Pemimpin tertinggi Hamas dibunuh oleh Israel di Tehran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaga tokong mengaku tidak bersalah rogol akauntan wanita
Seorang penjaga tokong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang akauntan wanita di Arau.
11 rumah rosak teruk dibadai puting beliung di Arau
Sebanyak 11 rumah rosak teruk dan tidak selamat untuk didiami selepas dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji pada petang Ahad.
PRU15: Shahidan mohon orang Arau 'humban' calon dari Pulau Pinang
Shahidan Kassim mengharapkan pengundi di Parlimen itu menolak calon dari luar negeri berkenaan termasuk calon Barisan Nasional (BN) yang didakwanya berasal dari Pulau Pinang.
PRU15: Shahidan tetap mahu tanding di Parlimen Arau
Shahidan berkata, beliau menerima banyak tawaran daripada parti-parti lain namun masih belum memuktamadkannya.
Penuntut IPT disyaki buang bayi ditahan
Polis menahan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) berhubung kes penemuan seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan.
Polis tahan suri rumah jual air ketum
Polis menahan seorang suri rumah dipercayai menjadi pengedar air ketum menerusi satu serbuan yang dilakukan di sebuah kediaman di sekitar Jalan Tambun Tulang, Kampung Baru Arau semalam.
Remaja tidak mengaku bersalah pecah masuk pasar raya, curi 30 telefon bimbit
Tertuduh yang berusia 14 tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.
Tidak pakai pelitup muka, 9 pekerja penghantar barang dikompaun
Sembilan pekerja penghantar barang di sebuah premis perniagaan di Jejawi di sini hari ini dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka.
Kanak-kanak 10 tahun ditemui lemas, terjatuh dalam bendang
Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di dalam takungan air bendang di Kampung Hutan Kandis, Jelempok, dekat Arau, kira-kira jam 6.30 petang Jumaat.
Kenyataan saya ialah pendirian UMNO Perlis, bukan peribadi - Shahidan
Keputusan untuk terus bekerjasama dengan parti-parti lain termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perlis adalah pendirian Badan Perhubungan UMNO Perlis.