Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya terperosok di bahagian hadapan tayar sebuah lori di Kilometer 1.5 Jalan Changkat Jong Teluk Intan, menghala ke Bidor pada Sabtu.
Mangsa dikenali Khirul Ilman Azmi, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 warna kelabu parah di kepala akibat kemalangan itu.
Seorang lagi penunggang motosikal iaitu sepupu mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 warna merah pula mengalami kecederaan di lutut.
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzhuki Mohd Mokthar, hasil siasatan mendapati pemandu lori gagal memastikan laluan selamat sebelum membelok masuk ke simpang sebelah kiri.
Kegagalan pemandu lori itu berbuat demikian menyebabkan kedua-dua mangsa tidak sempat memperlahankan kenderaan dan melanggar lori tersebut dari arah kiri jalan.
"Pihak polis terima panggilan telefon dari orang awam bahawa berlaku kemalangan maut melibatkan dua buah motosikal dan sebuah lori di KM1.5 Jalan Changkat Jong.
"Siasatan awal di tempat kejadian, kedua-dua mangsa dari arah Teluk Intan hala ke Bidor disyaki berada di laluan bahu jalan sebelah kiri.
"Pada masa yang sama pemandu lori itu masuk ke simpang kiri tetapi disebabkan badan lori panjang, dia belok ke lorong kanan jalan terlebih dahulu lalu membelok ke kiri untuk masuk simpang kiri," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya, kedua-dua mangsa yang berada di laluan kiri iaitu hampir dengan bahu jalan telah melanggar sisi kiri lori dan menyebabkan seorang mangsa terjatuh masuk ke bawah bahagian tayar hadapan.
Manakala seorang lagi telah terjatuh masuk ke bawah bahagian tayar belakang.
"Akibat kemalangan ini, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi dihantar ke Hospital Teluk Intan kerana mengalami kecederaan ringan. Bagaimanapun, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Aida Aziz
Sat Feb 08 2020

Motosikal yang ditunggang Khirul Ilman Azmi terperosok di bahagian hadapan tayar sebuah lori di Kilometer 1.5 Jalan Changkat Jong Teluk Intan, menghala ke Bidor pada Sabtu. - Gambar ihsan Bomba
Agenda AWANI Asia: akses produk elektronik yang sihat untuk kanak-kanak
Diskusi dan analisis mengenai penggunaan peranti elektronik di kalangan kanak-kanak serta akses maklumat yang tidak benar dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
63,000 tan makanan masih menanti kebenaran masuk ke Gaza - PBB
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) melaporkan bahawa sebanyak 63,000 tan metrik makanan masih menanti kebenaran untuk masuk ke Gaza, mencukupi bagi menyokong 1.1 juta orang selama dua hingga tiga bulan.
JAKIM panggil individu kaitkan kronisme, nepotisme dengan nabi
JAKIM memanggil seorang individu dikesan membuat hantaran dalam laman sosial berhubung isu kronisme dan nepotisme, dipercayai mengaitkan dengan Nabi Muhammad SAW.
AWANI Ringkas: 'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BN umum calon 5 atau 6 April
BN umum calon lebih awal pada PRK Ayer Kuning dan sudah menyenarai pendek calon yang bakal bertanding.

Wanita maut, dua cedera kereta jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 81, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran Bukit Ah Kim, hari ini.
'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran membabitkan tiga rumah teres di Johor Bahru.

Nurul Izzah Izzati lebur rekod kebangsaan acara pecut di Turkiye
Atlet berusia 22 tahun itu memadam rekod 10.658s yang diciptanya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Nilai bulan lepas.
#AWANIRingkas 15 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Mac 2025
1️⃣ 'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
2️⃣ Jangan ganggu usaha pembangunan semula bandar
3️⃣ Raymon Ram dipilih sebagai presiden baharu
#awaniringkas
1️⃣ 'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
2️⃣ Jangan ganggu usaha pembangunan semula bandar
3️⃣ Raymon Ram dipilih sebagai presiden baharu
#awaniringkas
AWANI Borneo [15/3/2025] – Amaran risiko banjir | Permintaan tinggi | Inisiatif ringankan beban
#AWANIBorneo bersama Irfan Faruqi
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dari 18-20 Mac ini
- Kerajaan kaji tambah sekolah menengah agama di Sabah
- Yayasan Sabah tawar rebat 30 peratus bayaran balik pinjaman
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dari 18-20 Mac ini
- Kerajaan kaji tambah sekolah menengah agama di Sabah
- Yayasan Sabah tawar rebat 30 peratus bayaran balik pinjaman

Penunggang motosikal maut terperosok bawah lori
Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya terperosok di bahagian hadapan tayar sebuah lori di Teluk Intan pada Sabtu.