KLUANG: Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan treler sebelum terjatuh dan diseret dalam kemalangan di Kilometer 72, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat sini pada Sabtu.
Kemalangan pada jam 5.42 petang itu mengakibatkan mangsa, Anas Nabil Ahmad Nizam, 21, yang beralamat di Kuala Rompin, Pahang mengalami cedera parah di kepala, tangan kiri, dada, paha sebelah kanan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Honda RS150 ditunggang mangsa dengan sebuah treler.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal dan treler dari arah yang sama iaitu dari arah Kluang menghala ke Kahang.
"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa disyaki bergesel dengan treler semasa cuba memotong di sebelah kiri dan menyebabkan motosikal hilang kawalan lalu terjatuh," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa kemudian terseret di bawah treler dan mengalami cedera parah sebelum maut di tempat kejadian.
Menurutnya, pemandu treler, Muhammad Hafizuddin Sahar, 27, yang beralamat di Felda Nitar 1, Mersing, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, pemandu treler berkenaan akan menjalani ujian saringan air kencing di pejabat bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selepas dirakam percakapannya.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penguasa Bomba Kanan II Saiful Fadly Karim berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah treler.
Katanya, pemeriksaan pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
"Kes diserahkan kepada pihak polis dan operasi menyelamat yang melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) selesai pada jam 5.56 petang," ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 17 2022
Anggota bomba mengeluarkan penunggang motosikal yang tersepit bawah treler selepas diseret dalam kemalangan di Kilometer 72, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Penunggang motosikal maut diseret treler
Anas mengalami cedera parah di kepala, tangan kiri, dada, paha sebelah kanan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Wanita maut diseret treler di jalan lama Ipoh - Kuala Lumpur
Shahriza Ishak yang beralamat di Jalan Chederiang Lama, Tapah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.