KUALA KANGSAR: Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 63 Jalan Ipoh-Gerik dekat Liman Kati di sini pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, Mohd Khairil Anuwar Mustakim, 40, meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar manakala Norlilawati Mohd Shah, 40, patah buku lali kiri.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis BMW GS dari arah Gerik ke Kuala Kangsar.
Menurutnya, sampai di tempat kejadian, datang sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan membelok ke kanan laluan motosikal berkenaan.
"Penunggang motosikal cuba mengelak ke kiri, namun gagal menyebabkan pelanggaran berlaku.
"Akibat pelanggaran itu, motosikal terbabit terjatuh dan terseret ke tepi jalan sebelum masuk ke dalam longkang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau berkata, pasangan suami isteri tersebut dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, namun polis menerima makluman bahawa lelaki terbabit telah meninggal dunia pada jam 7.30 malam.
Katanya, pemandu kereta berusia 65 tahun dan seorang penumpang wanita berusia 42 tahun mengalami luka pada bahagian lutut dan kepala.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu kereta ketika masuk simpang.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 05 2023
![Penunggang motosikal kuasa tinggi maut, isteri parah Penunggang motosikal kuasa tinggi maut, isteri parah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701743174_TBPenunggangjpg.jpg)
Keadaan motosikal ditunggangi mangsa yang terbabit nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 63 Jalan Ipoh-Gerik dekat Liman Kati, Kuala Kangsar pada Isnin. - Foto media sosial
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16 Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739464331_tbBersatu.jpg)
Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739136954_kebakaranlimaruma.jpg)
Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.
![Remaja lelaki dikhuatiri lemas motosikal jatuh sungai Remaja lelaki dikhuatiri lemas motosikal jatuh sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730007173_LemasGeneric.jpg)
Remaja lelaki dikhuatiri lemas motosikal jatuh sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam sungai Padang Terap di Chegar petang ini.
![Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738941778_KeretaTerbakarVel.jpg)
Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.
![MPV rempuh lima kenderaan, seorang penunggang motosikal maut MPV rempuh lima kenderaan, seorang penunggang motosikal maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738550059_TBkemalanganmaut.jpg)
MPV rempuh lima kenderaan, seorang penunggang motosikal maut
Siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kenderaan telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan.
![Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738549635_TBkebakaran.jpg)
Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.
![73 motosikal disita, ubai suai tidak mengikut spesifikasi 73 motosikal disita, ubai suai tidak mengikut spesifikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738467595_TBsita.jpg)
73 motosikal disita, ubai suai tidak mengikut spesifikasi
Sebanyak 1,500 kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya di Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, dan Jalan Tun Razak.
![Suspek ragut wanita warga emas diberkas Suspek ragut wanita warga emas diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738059903_YusharifuddinMohdY.jpg)
Suspek ragut wanita warga emas diberkas
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Jalan Mutiara, Taman Mutiara, di sini pada 20 Jan lepas.
![12 buah motosikal musnah terbakar di Parit 12 buah motosikal musnah terbakar di Parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737939460_motosikalmusnahter.jpg)
12 buah motosikal musnah terbakar di Parit
Kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
![Lima lelaki direman bantu siasatan kes langgar remaja Lima lelaki direman bantu siasatan kes langgar remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737531328_RemajaMaut.jpg)
Lima lelaki direman bantu siasatan kes langgar remaja
Lima lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang pelajar sekolah menengah di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
![Penarik kenderaan bingung, dibacakan surah Yasin ketika mahu tarik motosikal Penarik kenderaan bingung, dibacakan surah Yasin ketika mahu tarik motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736899699_Penarikkenderaan.jpg)
Penarik kenderaan bingung, dibacakan surah Yasin ketika mahu tarik motosikal
Pemilik motosikal itu dilihat membaca potongan surah Yasin, selain berdoa supaya motosikalnya tidak ditarik.