Seorang penunggang Grab Food mengalami detik cemas selepas hampir menjadi mangsa samun dua lelaki di Phileo Damansara 2, Petaling Jaya, pada Jumaat.
Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2.52 petang ketika mangsa Muhammad Amirul Adli Mohd Saharudin, 22, yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang bekerja dan dalam perjalanan dari One Utama ke Phileo Damansara 2, Petaling Jaya.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din semasa tiba di hadapan bangunan Phileo Damansara 2, mangsa telah didatangi dua suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dengan nombor pendaftaran yang tidak dikenal pasti.
"Salah seorang suspek menyuruh mangsa turun dari motosikal kerana mendakwa motosikal mangsa adalah motor curi dan mahu mengambilnya, seorang lagi suspek datang dari arah belakang dan terus memukul pengadu di bahagian kepala menggunakan 'fork lock'.
"Salah seorang suspek kemudian cuba membawa lari motosikal mangsa namun mangsa sempat menendang motosikal itu sehingga jatuh.
"Ketika mangsa sedang bergelut dengan kedua-dua suspek, telefon bimbit salah seorang daripada mereka telah terjatuh sebelum kedua-duanya melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Mohd. Zani berkata saksi awam yang terlihat kejadian turut menyatakan ternampak salah seorang suspek membawa parang di belakangnya.
"Akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian telinga, kepala, belakang badan, mulut dan beberapa bahagian badan lain.
"Mangsa tidak mengalami kerugian kerana motosikalnya tidak dilarikan," jelas beliau.
Justeru itu, polis sedang giat memburu dua suspek lelaki itu dan meminta kerjasama orang ramai untuk tampil ke balai polis berdekatan sekiranya mempunyai maklumat.
Afiezy Azaman
Fri Aug 09 2019
![Penunggang Grab Food cedera lawan dua penyamun Penunggang Grab Food cedera lawan dua penyamun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61565351484_GrabFood.jpg)
Salah seorang suspek kemudian cuba membawa lari motosikal mangsa namun mangsa sempat menendang motosikal itu sehingga jatuh. - Imej dari video daripada pihak polis
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
![Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739223444_YoonSukYeolSouth.jpg)
Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.
![Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733302905_tbHTARSVijayaRao.jpg)
Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.
![Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737472257_kespecahrumah.jpg)
Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
![Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736333446_TBTENGKUMAIMUN.jpg)
Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.
![Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735982236_TBDANIELNOBOA.jpg)
Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.
![Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717456187_MohammadMustafa.jpg)
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
![Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733810800_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
![Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731411160_bunuhibu.jpg)
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
![Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730945325_lelakibuatkacau.jpg)
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.