Insiden jemaah umrah yang meninggal dunia dalam pesawat Air Asia X dari Jeddah pada Jumaat lalu disahkan bukan akibat virus MERS CoV.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, kematian jemaah umrah lelaki warga Indonesia yang berusia 64 tahun adalah diakibatkan serangan jantung.
Mangsa telah mengalami gejala demam, batuk, kesukaran bernafas dan kurang selera makan selama beberapa hari sewaktu berada di Tanah Suci dan pernah mendapatkan rawatan di salah sebuah klinik di sana.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil tindakan pencegahan termasuk mengambil maklumat lengkap individu yang berhubung rapat dengan mangsa, menjalankan disinfeksi pesawat serta menjalankan saringan demam kepada kesemua 224 penumpang serta 12 anak kapal pesawat terbabit.
Jenazah telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan sampel telah dihantar ke makmal Hospital Sungai Buloh untuk menentukan punca kematian.
Hasil ujian makmal mendapati sampel yang diambil negatif MERS-CoV.
Dalam kenyataan berkaitan, pihak Air Asia X memaklumkan pihaknya telah membuat persediaan bersama ahli keluarga serta pihak berkuasa untuk menguruskan penghantaran jenazah pulang ke Surabaya di Indonesia.
Kejadian pada Jumaat menyebabkan penumpang pesawat Air Asia X penerbangan D7 171 dari Jeddah dikuarantin selama hampir dua jam sebaik tiba di KLIA 2. Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah dan tiba di KLIA 2 pada hari sama.
Hilal Azmi
Sun May 11 2014

Penumpang yang meninggal dunia dalam pesawat bukan sebab MERS-CoV

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.

AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.