ALOR SETAR: Penumpang bas diminta agar melaporkan perilaku pemandu yang 'culas' dan melanggar peraturan jalan raya, sehingga mengancam keselamatan ketika mereka menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut terutama pada musim perayaan ini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah Aman Shah Hashim berkata antara kesalahan yang sering dikesan ialah, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu dalam keadaan merbahaya dan melebihi had laju.
"Orang ramai boleh melaporkan dengan segera, dengan menghantar rakaman video menerusi aplikasi MyJPJ untuk siasatan dan tindakan lanjut.
"Melalui MyJPJ, penumpang sendiri yang ingin pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina ini, boleh merakam dan menghantar terus video yang ada kepada kita, silalah buat demikian jika ia (salah laku pemandu) berlaku di dalam bas yang anda naiki," katanya kepada pemberita pada Program Jelajah Mesra Exco Pengangkutan Kedah di Terminal Bas Shahab Perdana di sini, malam tadi.
Beliau berkata pihaknya juga biasanya akan melakukan operasi penyamaran dalam bas, bagi mengesan pemandu yang tidak beretika di jalan raya.
Pada jelajah mesra itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kedah Dzowahir Ab Ghani, turut menyampaikan cenderahati kepada pemandu serta penumpang bas, melibatkan 16 buah syarikat kenderaan awam itu.
Aman Shah berkata selain itu pemandu bas juga sering dikesan melanggar peraturan dengan memandu di lorong kanan secara berterusan, tiada pemandu kedua, tatacara kelakuan pemandu dan kesalahan teknikal.
Dalam pada itu, beliau berkata JPJ juga akan terus memberi tumpuan kepada beberapa lokasi panas yang dikenal pasti di Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim, dalam usaha mengurangkan statistik kemalangan membabitkan bas ekspres.
"Saya menyeru agar pemandu bas sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan, kerana anda membawa ramai nyawa manusia bagi memastikan mereka selamat sampai ke destinasi dituju," katanya.
Sementara itu, pada program dengan Kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan itu, seorang pemandu bas ekspres ditahan setelah didapati positif methamphetamine.
Lelaki berusia 60-an itu, ditahan pihak berkuasa selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu mendapati dia postif bahan terlarang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
![Penumpang perlu lapor jika pemandu bas langgar peraturan jalan raya - JPJ Kedah Penumpang perlu lapor jika pemandu bas langgar peraturan jalan raya - JPJ Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707358585_TBPROGRAMWALKABOU.jpg)
Aman Shah (dua, kanan) menyampaikan cenderahati kepada penumpang pada program tinjauan mesra Exco Pengangkutan Kedah di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar, malam tadi. -- fotoBERNAMA
![Banci Pertanian: Data beri kesan limpah, harga lebih berbaloi - Ketua Perangkawan Banci Pertanian: Data beri kesan limpah, harga lebih berbaloi - Ketua Perangkawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720415146_TBbnm.jpg)
Banci Pertanian: Data beri kesan limpah, harga lebih berbaloi - Ketua Perangkawan
Banci Pertanian 2024 yang bermula Ahad selama tiga bulan sehingga Oktober akan membabitkan lebih 5,000 pegawai Jabatan Perangkaan.
![Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720413843_AgongSultanBrunei.jpg)
Pertabalan Agong: Sultan Brunei berkenan berangkat, serlah hubungan akrab dengan Malaysia
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mempersembahkan kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah warkah persilaan sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda.
AWANI Ringkas: Suhu global melebihi 1.5 darjah selsius daripada had ditetapkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720413038_bommortar.jpg)
Penyewa ‘tinggal’ bom mortar dalam rumah
Objek itu dipercayai ditinggalkan oleh bekas penyewa yang telah berpindah keluar pada Januari lalu.
Hamilton juara Grand Prix Britain, kemenangan pertama sejak 2021
Lewis Hamilton mengalahkan Max Verstappen dan Lando Norris untuk menjuarai Grand Prix Britain, kemenangan pertamanya sejak 2021 dan ke-104 sepanjang kariernya.
Tindakan Panama pasang kawat berduri di sempadan dikritik
Tindakan kerajaan Panama memasang pagar kawat berduri bagi menyekat aliran pendatang melalui hutan Darien yang menghubungkan Amerika Tengah ke Colombia, mencetuskan tentangan daripada penduduk tempatan dan negara jiran.
Menurut Perkhidmatan Sempadan Negara Panama minggu ini, lintasan sempadan tanpa kebenaran di hutan telah menjadi laluan utama bagi kebanyakan pendatang yang menuju ke Amerika Syarikat.
Menurut Perkhidmatan Sempadan Negara Panama minggu ini, lintasan sempadan tanpa kebenaran di hutan telah menjadi laluan utama bagi kebanyakan pendatang yang menuju ke Amerika Syarikat.
Sebuah lapangan terbang di California terbakar
Sejumlah anggota bomba menggunakan helikopter dan kapal terbang pada Sabtu untuk mengawal kebakaran berhampiran lapangan terbang di timur Sacramento, California.
Rakaman dari dalam Lapangan Terbang Placerville di El Dorado County menunjukkan kawasan sekitar diselubungi asap dan api yang disebut sebagai Pay Fire.
Rakaman dari dalam Lapangan Terbang Placerville di El Dorado County menunjukkan kawasan sekitar diselubungi asap dan api yang disebut sebagai Pay Fire.
2024 mungkin jadi tahun paling panas di dunia - Kajian
2024 berkemungkinan menjadi tahun paling panas di dunia.
Berdasarkan rekod di kebanyakan negara setakat Jun tahun ini, perkhidmatan pemantauan iklim EU pada Isnin berkata, suhu global kini telah melebihi 1.5°C atau 2.7 Fahrenheit yang merupakan had ditetapkan dalam Perjanjian Paris susulan peningkatan suhu luar biasa.
Berdasarkan rekod di kebanyakan negara setakat Jun tahun ini, perkhidmatan pemantauan iklim EU pada Isnin berkata, suhu global kini telah melebihi 1.5°C atau 2.7 Fahrenheit yang merupakan had ditetapkan dalam Perjanjian Paris susulan peningkatan suhu luar biasa.
![EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720412611_PolisJerman.jpg)
EURO 2024: Polis Jerman lega Turkiye tersingkir
Polis di Jerman menarik nafas lega selepas Belanda bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Turkiye pada EURO 2024.
Pemimpin sayap kiri gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Presiden Perancis Emmanuel Macron mesti mengaku kalah dalam pilihan raya parlimen Perancis, di mana pakatan sayap kiri 'New Popular Front' (NFP) memenangi kerusi terbanyak walaupun tidak mencapai jumlah majoriti mutlak.
![Penumpang perlu lapor jika pemandu bas langgar peraturan jalan raya - JPJ Kedah Penumpang perlu lapor jika pemandu bas langgar peraturan jalan raya - JPJ Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707358585_TBPROGRAMWALKABOU.jpg)
Penumpang perlu lapor jika pemandu bas langgar peraturan jalan raya - JPJ Kedah
Antara kesalahan yang sering dikesan ialah memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu dalam keadaan merbahaya dan melebihi had laju.
![Tiga daerah di Kedah catat kemalangan tertinggi dalam negara Tiga daerah di Kedah catat kemalangan tertinggi dalam negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704081102_JPJrekodkadarkem.jpg)
Tiga daerah di Kedah catat kemalangan tertinggi dalam negara
Daerah Kuala Muda mencatatkan 121 kemalangan, Kota Setar sebanyak 75 kes, manakala Kulim 63 kemalangan maut.
![JPJ Kedah sita 507 motosikal ditunggang warga asing JPJ Kedah sita 507 motosikal ditunggang warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696325533_PengarahJPJkedah.jpg)
JPJ Kedah sita 507 motosikal ditunggang warga asing
Jumlah itu ialah 72.43 peratus daripada keseluruhan 700 motosikal yang disita sepanjang tempoh operasi berkenaan dijalankan.
![655 saman dikeluarkan JPJ Kedah sepanjang Op Aidiladha 655 saman dikeluarkan JPJ Kedah sepanjang Op Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657751147_TBopsjpj.jpg)
655 saman dikeluarkan JPJ Kedah sepanjang Op Aidiladha
Daripada jumlah itu, sebanyak 189 notis saman turut dikeluarkan ke atas pemandu warga asing.
![Serah lesen terbang segera atau ditangkap - JPJ Kedah Serah lesen terbang segera atau ditangkap - JPJ Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41538388745_Ismasuhaimi.jpg)
Serah lesen terbang segera atau ditangkap - JPJ Kedah
Setakat ini, dua individu dari Langkawi dan Baling telah menyerah diri dan menyerahkan lesen tersebut secara sukarela.